hati dan hati-hati serta berhati-hati juga memperhati

aku hidup dengan gerak hati.

aku tak nafikan yang otak turut menyumbang tanpa segan silu dalam banyak perkara.tetapi, oleh kerana perwatakan aku yang sebenarnya yang sangat jiwang dek suka melayan perasaan dan berimaginasi melampau ini, hati lebih banyak mempunyai pengaruh walaupun peratusan saham kukuh adalah kepunyaan otak.

hati yang lebih dipercayai.

aku.
aku hidup dengan gerak hati.
kalau hati aku kata tidak.
maka tidaklah.
kalau hati aku kata ya.
maka yalah.

bicara hati itu kau perlu titikberatkan. kerana hati itu juga ialah kau. dibandingkan dengan otak, hati itu istimewa. otak lebih cenderung kepada perkara-perkara logik dan bersebab. manakala hati ini adalah gerak perasaan kau sendiri. dipengaruhi keadaan siapa kau sebenarnya.

jika diri sendiri pun kau tak yakin percaya, kau agak kau boleh yakinkan orang untuk percaya pada kau? tentu goyah kan.

belakangan ini, aku telah berevolusi menjadi seseorang yang baru. hanya Tuhan yang tahu segala sebabnya kerana aku pun tak mengerti. pelbagai perisa perasaan bercampur-aduk menjadi adunan baru sebuah resipi hidup aku.

walaupun aku masih rabun dalam menggapai impian dan cita-cita dek kemalasan untuk membuat cermin mata baru atau mencuba kanta lekap, tapi banyak sudah yang aku merasa.

pernah tak.
bila kau pandang cermin.
kau tengok manusia itu pandang kau kembali.
kau berasa jelik.
lalu kau mula rasa ragu pada diri.
hentikan!

tahu tak kau. segalanya kerana hati kau yang tak tenteram itu? hati kau yang berasa sunyi. mungkin kau punya rakan yang berjuta sanggup mengekori segala apa yang lakukan. tapi hakikatnya kau adalah kau. hati itu kau yang punya. tak siapa tahu apa di dalam kecuali kau luahkan dan terbitkan segala.

lalu bukan senang juga untuk berkongsi ceritera kisah yang terbuku di hati kau pada teman-teman. bukanlah bersebabkan yang kau tak percaya pada mereka, tapi hati kau yang tak sanggup untuk berkongsi. takut mungkin.

jadi, jinakkanlah diri kau dengan ayat suci Al-Quran. jika kau rasa tak mampu atau diselubungi kemalasan melampau, cukuplah sekadar beristighfar jika kau rasa masa yang diberi Tuhan dalam sehari-hari kau bernafas itu seperti suatu kerugian walaupun untuk mengucap dua kalimah syahadah. lagilah untuk memanjatkan syukur kepadaNya.

apa alasan kau untuk tidak mengingatiNya?
lupa?
kau tak lupa pula nak bernafas.
nak pakai baju.
nak bermekap.
nak keluar membeli-belah.
nak makan dan minum.
nak melepak dengan rakan-rakan.
nak melayan kerenah teman masing-masing.
bagaimana?

sesungguhnya setan-setan itu gemar akan perasaan ragu yang kau terbitkan dalam diri.

ingatlah.
hati itu adalah cermin peribadi diri kau. jangan biarkan ia ternoda walau dengan setitik dakwat hitam selagi kau mampu.
selagi kau mampu.

aku tegaskan selagi kau mampu. kerana Tuhan tak akan membebankan hambaNya dengan apa yang kita tak termampu nak lakukan.

sesungguhnya Dia sangat Penyayang. tak akan lupa pada yang mengingat.

wallahualan~

hati.
kau perlu hati-hati.
dan senantiasa berhati-hati.
kerana ada yang memperhati.

sekian.

6 manusia bukan pencarut:

beliamuda said...

hati-hati jangan sampai hati kena curi..

~tak pandai aku nak bermadah kata

enyheartsdiamond said...

dats ryte..

follow ur intuition~

nofeel said...

salam

jangan jatuh lak,,
nanti orang kutip..
huhu..

. p i s e y . said...

to nipi.

tolong weh!
ekceli ak rase hati ak da kene cilok...jeng3!!!

kah3.

*blushing*

. p i s e y . said...

to eny.

huu.really?
ahakz.

ekceli dah janji pade diri taknak entri berjela2.entah kenapa yg sebenarnya dlm 4-5 perenggan jadi banyak ni.haha.sebab hati kut.ikut jela.kah3.

=) hepi ade org same.

. p i s e y . said...

to nofeel.

haha.takpe.asalkan yang kutip tu tahu jaga hati yang sangat rapuh ini dengan baik.kalau taknak jaga, sila main jauh2 pesanan dari penaja sebab mungkin hati ini akan sedikit tercalar tapi..

aku orang hebat!!
ape kesah.
Tuhan ade^^