sambutan merdeka ke 52 pada 31 ogos 2009

sebut 31 ogos 2009.
negara kita malaysia dah mencapai sambutan ke 52.
sambutan.
sebab kemerdekaan sebenar itu.
kayu ukur nya kau tepuk dada tanya diri sendiri.

malam tadi.
aku dan rakan-rakan gadis lain hanya melepak dalam kubikel yang tak seberapa kubikel itu di hostel sini.
kami melakukan aktiviti seperti menjerit lolong merdeka tiga empat kali seorang.
menyelitkan doa agar malaysia tak berubah.
sebab merdeka hanya merdeka pada nama.
sungguh merisaukan.

hari ini pula seharian aku banyak tidur.
tidur.
tdur dan tidur lagi.
di samping ber online dan sebagainya lah.
oh,juga aktiviti membasuh baju dilaksanakan tadi.
dan menyidai baju-baju.
dan tidur.
merdeka = bebas?
mungkin.
sebab tu aku bebas nak buat apa-apa pun.
aha.
assignment tunggang langgang.

entah apa kerepek aku selitkan ni??
dem.
wa sedang jiwa kacao.
okeh.
blah luh.

sekian.

kata-kata berkata-kata

kata-kata sebenarnya suatu senjata yang sangat berbisa.
samada senjata itu digunakan untuk melawan musuh.
digunakan untuk membela diri.
mahupun sekadar suka-suka untuk bermain kata.

kata-kata yang kau tuturkan tanpa berfikir.
setentunya mengundang pelbagai kata lain.

terutamanya bagi yang merasa.
juga yang tidak faham langsung.

terbitlah kata-kata belakang tabir.
yang gila populariti walaupun tidak berwajah.

sekian.

i believe - kau percayalah

rocky balboa (sylvester stallone),
the boxer who overcame odds to fight for love and glory once said;

but somewhere along the line,
you changed.
you stopped being you.
you let other's stick a finger in your face and tell you you're no good.
and when things got hard,
you started looking for something to blame like a big shadow.

let me tell you something you already know.

the world ain't all sunshine and rainbows.
it's a very mean and nasty place,
and i don't care how tough you are.
it will beat you to your knees and keep you there if you let it.

you, me or nobody is gonna hit as hard as life.

BUT IT AIN'T ABOUT
HOW HARD YOU HIT.
IT'S ABOUT HOW HARD YOU CAN GET HIT
AND
KEEP MOVING FORWARD!!

how much you can take and keep moving forward.
that's how winning is done!

if you know what you're worth, go and get what you're worth.
but you gotta be willing to take the hits,
and not pointing fingers saying you ain't where you wanna be
because of him or her or nobody!

cowards do that, and that ain't you!
you're better than that
but until you start believing in yourself,
you ain't gonna have a life.

_____________________________

kau tak tahu tak.
kepercayaan tu sangat penting.
macam rukun negara pertama.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN.

to have your believe in something.
akan menambahkan kekuatan yang kau ada.
yang kau punya.
kau takkan terjejas dengan hal remeh
bila mana kau gagah mengharung segala.
kerana kau percaya kau boleh.
macam lagu r kelly.

I BELIEVE I CAN FLY.

sangat inspirational.
dan banyak lagi lagu-lagu lain.

dan di mana-mana saja kau pergi.
it's all about believe in yourself.
believe in yourself in order to achieve things.
things on which may be out of reach.
or in no need of logical explanation at all.

kau perlu percaya.
percaya untuk terus hidup.
percaya dengan ketentuan yang Tuhan aturkan untuk kau.
percaya bahawa kau boleh.
percaya bahawa kau mampu.
percaya bahawa kau gagah dan kuat.
percaya bahawa kau tabah.
percaya bahawa kau hebat!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

otak aku suka buat aku berfikir.
bila dah berfikir.
aku akan terfikir-fikir.
lalu bermacam kerepek fikiran akan muncul dengan gahnya.
bikin kau lalok.
erk?
bikin aku pusing.
berpusing-pusing.
lalu berpintal-pintal.
berselirat.
bersimpul sana sini.
mula lah kau rasa serabut.
rasa mahu buang segala.
mahu tinggal segala.
tapi satu saja.
jangan biar lepas diri kau.
percayalah.
percayalah yang kau mampu.
mampu lakukan apa yang kau mahu.
no matter what.
kau adalah kau.
tiada yang lain ialah kau.
sekian.
kaki menaip serius sebelum bersahur: bila mana yang lain semua menuding tunjuk ke arah kau, di mana lagi kau mahu menumpang harap selain percaya bahawa kau kuat disampingNya.

belog.ooo.belog.

aku demam weh.
cau.
nak tido.

kukuhkah perisai mu?

hadang ia.
selagi kau termampu.
walau dengan perisai usang.

bila kau mula letih dan berpura kuat.
semua jari dituding pada kau.
dijuih bibir.
dilontar lidah.
lemahi kau.

lalu.
khabarkan pada semua.
apa yang tersirat.
khabarkan pada aku.
aku ada untukmu.
ku tadahkan telinga untuk segala bicara.
ku pinjamkan bahu untuk tangisanmu.

hey kau.
sedarlah.
jangan kau hanyut.
jangan kau layu.
kuatlah.
tabahlah.
gertak dirimu supaya bangun.
jangan biarkan dirimu sunyi.
tanpa budi bicara seorang teman.
kerna satu tiada gagahnya.

Tuhan.
thanks.

aku kepingin!!

aku kepingin nak makan ikan pari bakar sama air asam, daging goreng, ayam goreng kicap, telur mata separuh masak, telur dadar banyak bawang dengan cili, nasi goreng campur sosej + nugget + fish fillet + chicken finger lagi-lagi di bulan puasa yang syahdu ini walaupun aku dalam mode tak berkemampuan melaksanakannya di rumah lagi-lagi untuk menghadap air ribena tengah-tengah malam sambil beronline di tangan ada balang berisi honey star mahupun koko crunch sama jus oren atau epal fresh dengan kipas putaran maksima ditambah dengan semburan udara laju penghawa dingin untuk menyejukkan segenap ruang kubikel aku di rumah yang seratanya berwarna merah jambu hasil tangan kakwu dan ayah mengecat beberapa tahun lalu di atas katil berselimutkan comforter bercorak hitam-putih yang sangat kacak itu bertemankan bantal-bantal yang suka bergolek bersama-sama aku hingga ke pagi hari tanpa segan silu yang kadang-kadang terlebih gelek goleknya hingga ke atas lantai berlapikkan selimut yang aku suka tendang hingga entah ke mana bila otak serabut malas bangun tapi jam sudah menunjukkan waktu perlu bangun mandi dengan tergesa-gesa tetapi kena control cool selamba sebab nanti perut terkejut dan kena gastrik kalau bangun abruptly jadi ambil masa tengok cermin lama-lama lepas tu sengeh sorang-sorang sebab diri sangat comeyl berkeadaan begitu kiranya atas dasar cukup kasih sayang hanya sebab nak pegi kbmall??


haha.
aku sangat homesick.

ayh.dtgla amek adek~

semak samun

apakah maksud semak samun?
semak = belukar
samun = curi
jadi. adakah belukar mencuri?
curi belukar?
dan sebagainya apa-apa yang kau suka lah. lu pikir sendiri.


aku nak nyatakan di sini yang aku suka sama perkataan semak-samun.
sebab rambut aku yang apabila waktu dingin udara terjah bila buka tingkap bilik hostel ni di pagi hari lagi-lagi bila ada kelas jam 8am tapi aku bangun jam 747am adalah berupa semak samun yang sangat kachak wa bagitahu sama lu seperti rupa son goku itu apabila beliau berubah menjadi supe saiya petala ke tujuh sepertimana yang lu semua patut tahu bahawa rupa begitu sangatlah menarik lagi hebat sebab wa juga ada kuasa super okeh!?


maksud lain yang aku gemarkan perkataan ini ialah apabila otak mula melakukan operasi memproses pelbagai seperti mengantuk,menahan kantuk, menguap, menahan kuap, menggeliat, menggeliat sebelah tangan, menggeliat dengan mengunjurkan kaki ke depan, merindui bantal di hostel, mahu menarik comforter supaya merasa comfort, memeluk teddy gmok boncit, makan, makan, makan, makan, makan, main game, layan ipod sekeras mungkin, minum 100++, menulis bait-bait puisi indah, menaip di belog, melukis dan melakar wajah-wajah kachak bakal suami dan sebagainya tetapi impian tersebut tidak kesampaian dek masalah-masalah negara yang wa perlu pikul atas bahu wa kerana almari-almari peneraju badan tidak mahu bergerak pantas untuk melaksanakan tugas-tugas yang lebih penting seperti belajar, setadi, belajar, setadi dan seumpanya kerana atas dasar tiada hati. yalah, tiada hati.

tak rock lah kalau buat kerja tak ada hati.
mesti lambat je jalan.
dan membazirkan masa aku saja.

dah2.

out.

kaki saja bijak menulis nota di sini tangan tak boleh : maths tadi cam hnsf%*# je aku jawab. aku jawab okeh?! yang aku jawab la yang hamapagas tul tu. boleh aku blank soalan yang senang tapi pandai jawab yang susah tapi bukan siap fullmark pun yang susah tu.

sekian.

saket

Tuhan.
gagahkan aku.
jangan bagi aku rebah.
jangan beri aku goyah.
jangan aku rasa sukar.
dalam meniti hari yang hambar.

Tuhan.
aku buntu.
aku tak tahu.
jiwa rabak.
hati koyak.
haprak.

benar sukar.
benar susah.
buat aku tak mampu.
rasa ingin membisu.

Tuhan.
aku rindu.
rindu padaMu.
rindu pada ibu.
rindu pada si dia yang satu.
entahkan ada entahkan tidak.
yang nyata.
hati ini mahu.

Tuhan.
aku cuba berlengah harap.
tiada lagi mampu digarap.
tersentap.
rasa bengap.

biarlah ruang masa dan waktu membicara seribu juta komunikasi sekalipun.
aku akan menanti.
dan pura-pura tak penuh berharap.
dengan bajet penuh gaya cool.

aku kan hebat.

sekian.


kaki sudah tak saket sangat setelah berurut menaip lagi: terasa sesak dada lah. tapi minda kosong.macam mana mahu jawab test english dan maths macam ini ha??

hai awak.

awak.
saye rindu giler kat awak.
mungkin sebab awak suke buat saye rase lebih tenang dari biase.
buat saye rase 'hepi' memanjang.

awak.
kalau tak silap sayelah.
dari awal tahun 2009 lagi saye dah setat rase kosong tanpa awak.
saye tahu.
saye patutnye lebih tabah.
sebab 24/7 Tuhan kan ade dengan saye.
tapi.
saye tetap rase perlukan simbahan kasih dari awak untuk hati yang kering kontang ini.
tamak mungkin.
walaupun Tuhan dah bagi saye macam-macam.
saye tahu sangat-sangat.
saye dapat rase.
Tuhan sayang saye amaat.
malaikat duk tengok saye n on.
tapi kerinduan pade awak jadi melampau-lampau.
lagi-lagi bila saye susah hati.

awak.
thanks taw.
thanks yang teramat-amat.
sebab datang jumpe saye lagi.
dah setahun kan.
awak pergi dari saye waktu tu.
hanya dengan awak je saye tak hipokrit sangat.
saye lebih mempamerkan diri sebenar.
awak tahu kan semua tu?

awak.
semalam.
saye nanges.
sedikit cuma.
sebab saye rase sebak sangat.
sebak sebab awak masih sudi jumpe saye.
saye tahu saye siapa.
hamba Allah yang kurang di sini sana.
saye tahu..

awak.
tanpa izin Tuhan.
tentu kite takkan ketemu juga kan.
jadi.
as a token of appreciation from me to say alhamdulillah.
i would like to fill up my time with you with good deeds
and lot and lots of ibadah.

awak.
saye sebenarnya kangen bangat sama arwah mak.
tapi sebab awak ade.
saye rase ok sikit.
thanks again awak.
n thanks ya Rab.
kerana Kau berikan aku peluang pertemuan ini.

sekian.

kau ingat senang??

kau ingat senang ke nak memahami erti hidup seperti senangnya kau memejam mata dan terus terlelap seperti nobita?
kau ingat senang ke nak memahami erti hidup seperti senangnya naruto bertutur kata mempengaruhi manusia di sekeliling beliau?
kau ingat senang ke nak memahami erti hidup seperti senangnya makan nasi?
macam teguk air?
lontar plastik gula-gula ke luar tingkap kereta?
tendang tin-tin dan botol kosong kau ketemu di tepi-tepi lorong?

atau kau fikir hidup sangat susah hingga kau rasa tak mampu nak terus lagi.
kau rasa gear badan kau dah stuck sebab tak cukup minyak dan pelbagai alasan lagi kau catatkan lalu pamerkan pada orang ramai untuk meraih simpati percuma?
kau rasa kau seorang saja yang alami itu dan ini dan tak ada yang dapat menyelami jiwa raga kau.
kau fikir hidup ni macam haprak takdak happy ending jadi kau putus berharap dan alpa dalam dunia bajet tiada sempadan?
avril dah kata.so much for my happy ending.

atau kau bajet idup kau penuh sempurna perfecto sebagaimana simple plan mengatakannya?
atau kau hanya expect things to go your way and all.
atau..
atau..

kau ingat senang ke aku nak menaip entri ni dengan wireless connection yang bangang tahap hnsf%$#??


sekian.

bagai bulan dipeluk bintang?!

orang kata.
bagai bulan dipagari bintang.
aku pun fikir.
fikir punya fikir.

aku nak jadi bulan lah.
sebab pungguk pun rindukan bulan.
dan.
ada bintang penuh memagari aku.
tentu seronok kan.

bintang itu tentulah 'si dia' kan.
bintang akan senantiasa ada.
temankan aku kiri dan kanan.
siang dan malam.
buat aku rasa selamat dan sebagainya.
aku nak tukar je ayat ni.
jadi kan ia.


bagai bulan dipeluk bintang yang satu itu.


boleh terima?
aku terima nikahnya^^
aha.aha.aha.
dipagar bunyi macam terseksa beb.

hihihi.
dipeluk macam lebih seronok.
aha.aha.aha.

ayah.
adek mahu kawen dengan lelaki baek2 punya.
hehe.
dah2.

cau.

saling memandang pandangan lalu terpandang

pandangan setiap orang berbeza.
lalu apabila ia berbeza,maka takrifan seseorang tentang sesuatu juga tentulah berbeza.
dalam hidup kau.kau jangan anggap hidup tu tentang kau je.kau perlu jaga pandangan orang lain juga.
bukanlah maksudnya kau perlu terjejas dengan setiap pandangan yang diberi kerana jika apa yang kau pegang itu adalah kebenaran,jadi beranilah pamerkan pandangan kau.

takrifan yang berbeza selalunya akan menjadikan kacau bilau huru hara salah faham sesama manusia.
sesama kau dan aku.
sesama kita.
sesama mereka.
lagi2 tentang pandangan yang kau tak dapat lihat.
tak dapat pandang.
atau buat2 tak pandang sebab hidup kau hanya kau.

contohnya seorang yang ceria dan suka bercakap.
tahukah kau dia punya masalah fobia akan sepi?
atau hidup penuh berahsia akan latarbelakangnya kerana ingin senang bergaul?
ada kau gelar mereka hipokrit?
atau kau langsung tak sedar?

ibarat juga kita kadangkala segan nak kenakan spek mata hitam di bawah terik mentari di sesuatu kawasan kerana risaukan pandangan orang yang mungkin berkata bukan2.
walhal bukan perkara salah.tapi mungkin kerana bukan kebiasaan.
manakala bagi mereka yang terbiasa,perkara itu dilakukan dengan selamba.

sebut tentang kebiasaan.
kita kadang2 alpa tentang dosa pahala sesuatu perkara.
menjadikan sesuatu kebiasaan itu lebih hebat daripada apa yang sebenar2nya.
pabila memandang sesuatu kebiasaan,pandangan tanpa bersalah juga turut dilontarkan.entah apa aku merepek.

sekian.

would you even care?

hey there!
can i get to your heart?
which flight should i take to land there safe and sound.

hey there!
what's your phone number?
i wanna ring you all night.
let's talk about love.

hey there!
you give me a sugar rush.
do you know that?
or would you even care?

hey there!
would you hold my hand like forever?
i miss you damn much.
my heart is melting right now.

save me from this nightmare.
save me.
save me.
i am clueless.

i know the dream is so out of reach.
but i wanna dream it anyway.

now.
would you even care?



ape macam aku wat lirik lagu?
kah3.

you're my hunny bunny sugar plum.
alallalalalalaaa..
alallaa la tok.
erk.

sekian.

buang tebiat di klcc








sabtu.
jam menunjukkan jam 8.57am. aja, kaksu, dan ya telah lama meninggalkan bilik untuk beraksi di padang sempena netball open mfi.
aku celik. aku nampak mimi sedang bersiap-siap. mahu keluar bersama judin setentunya.
aku pandang depan. suhana masih bergolek lena.
aku toleh kiri. senor masih khusyuk diulit mimpi.
aku tengok henset, henset dan henset. satu mesej pun tarak.
aku pejam balik.
aku celik, otak sedikit pusing dan diri rasa terkejut.
jam menunjukkan waktu 11.12am. ahh. tak keluar jalan-jalan mungkin hari ini. sudah lewat dan aku tiada planning. sigh~
pandang kanan. senor juga baru celik.
kami saling memandang. welk! haha.
peristiwa pelik kelakar tetapi benar.
dari jam 9-11 tu aku mimpi jalan-jalan dengan senor dah pun ekceli.kah3. lalu kami saling menceritakan mimpi-mimpi indah bersama kerana senor juga bermimpi kami semua keluar ramai-ramai menghabiskan duit. aha.aha.aha.
jadi.
jadi-jadian. senor kata.
'mi san! jom la tubek. kito gi klcc. sumgoh ni! cepat~'
aku.senor.keba.cerah.kawan keba nama sha kalo aku xsilap.
bukti2 fotografi yang terselit gedabak pada entri ini ialah watak aku, senor and cerah. at that time, keba teman kawan dia makan.
sekian laporan ringkas kali ini.
wassalam.
kaki tak dapat tulis nota : gilo bapok aku sakek kaki nok mapuh hala balek kes tren babak kas sentral sapa 2nd tren baghu dapak masuk nyumbak plus aku keno diri atah tren full of bau hnsf%$# but thanks to that pakcik seblah senor, aku nyelit tengoh2 antara duo seat bajet *** aku kechik. waakaka. stop it. astaghfirullahalazim..

boneca band tunjukkan aku apa lagi cela

loving boneca lah!!
aku tahu lagu cela je diperformasikan oleh boneca ini.tupp2 tadi jumpa other songs dari diorang.huhuhuh.abes aku kalut cari jalurlebar nak donlod laju2!!ini lirik lagu boneca yang aku ada.there is this one other song.let me.belum ketemu.tapi takpe.cukup dengan apa yang ada dulu.hehe.

hepi amaat!!
lirik lagu boneca
cela apa lagi tunjukkan aku
hayati dengan terbaik punya!!
aha.aha.aha.
lebih-lebih pula aku.

boneca - cela
Verse:Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah
Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara
*Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit
Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api
Chorus:
Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku
Mengapa …..
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela
Mengapa…
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela
(Repeat *)
(Repeat chorus)
Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?
Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?
_________________________________________
boneca - apa lagi
Kau membuat aku terpinga-pinga
Mengenangkan tentang kita
Hari demi hari bersilih ganti
Aku di sini tetap menanti
Apa bisa ku kan terus begini?
Menahan rasa sakit di hati
Dah ku coba melakukan segalanya
Namun kau masih begitu saja
Chorus:
Apa…
Apa lagi yang kau mahu dariku?
Telah ku berikan segala
Namun masih ada tak kena
Apa...
Apa lagi yang harus ku buktikan?
Lelah sudah ku meratapi
Hanya untuk meyakinkan mu
Apa…
Apa lagi yg perlu ku lakukan?
Katakan saja kepadaku
Agar dapat aku teruskan hidupku
Apa lagi
Apa lagi
___________________________________________
boneca - tunjukkan aku
muzik dari jiwa
lagu dari hati
cerita sepurnama
canda dan menangis
belum kuselami
caturan terjadi
lelah dipukul badai
apa mungkin terlerai?
ohh...ohh...ohh...
alalala:
soalan tersendu
balas hampa bisu
Tuhan, tunjuk sesuatu
apa dia yang satu itu?
tunjukkan aku
tunjukkan aku
korus:
apa bisa kucinta
kamu seperti mana
aku dicinta kamu?
aku dijaga kamu?
atau kamu terlalu
indah buat diriku
aku pun tak menahu
(ulang alalala)
(korus 2x)
aku pun tak menahu
aku pun tak menahu
apa bisa kucinta
apa bisa kucinta
apa bisa kucinta
Tuhan, tunjukkan aku...
Tuhan.
tolong tunjukkan aku.
apa lagi cela yang ada.
aku tak mampu lagi.
tolong.
tunjukkan aku.
apa dia yang satu itu^^
sekian.
performasi dari aku.
wakakak~

perasaan itu yang kacau bilau

if tomorrow never comes.
if.
kau tahu tak aku suka kau gila-gila?
kau tahu tak aku nervous nak dekat-dekat dengan kau?
kau tahu tak aku takleh ngadap mata kau langsung?
kau tahu tak aku suka bau perfume kau?
kau tahu tak aku suka tengok kau sengeh?

dengar kau gelak.
tengok kau.
rasa nak tarik-tarik rambut kau.
genggam tangan kau.
dan macam-macam lagi.

i like every single shitty detail about you.
seriously.

tapi satu je aku tak gemar.
tapi aku berpura-pura berlatih gemar.
bila tengok kau berjalan depan aku.
sebab.
sebab aku tahu suatu hari nanti.
kau akan berlalu pergi dari aku gak.
jadi.
aku cuba berlatih lawan perasaan tu.

tapi setiap kali aku tengok kau dari belakang.
hati aku lagi berdegup kencang.
bergetar-getar.
bergegar-gegar.
berdetak-detak kata dewa.
ahaha.

hoh.
gila psiko kut.
aku ke neh weiii??
hahah.hahah.hahah.hahah.hahah.

wei.
ni sape punye keje bagi medula oblongata aku berpusing-pusing sampai gila berselirat ni haa?

lover.hater.angelic.devilish?

love at first sight?
crushes?
wtv.
sekian.

p/s: mengorek karya hingusan~

saya sayang malaysia

iLoveMalaysia Campaign 2009
Hope you enjoyed the quiz! Your score report is presented below.
Rating » 41 votes.
Score Report
Score » 100 out of 100
Total Correct » 10 out of 10 correct
% Score » 100 %
Result » Excellent

"This quiz has been taken 436 times. Average percentage score on this quiz is 90%"
Detailed Score Report
Correct
99% answered this correctly. 1% answered wrong
Q.1) Who is the 1st Prime Minister of Malaysia?
A. Tunku Abdul Rahman (your answer)
B. Tun Hussein b. Onn
C. Tun Abdul Razak

Correct
84% answered this correctly. 16% answered wrong
Q.2) Who is the 2nd Prime Minister of Malaysia?
A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Hussein b. Onn
C. Tun Abdul Razak (your answer)

Correct
98% answered this correctly. 2% answered wrong
Q.3) Who is our current Prime Minister?
A. Dato' Sri Mohd Najib (your answer)
B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
C. Tun Hussein b. Onn

Correct
97% answered this correctly. 3% answered wrong
Q.4) Which is the highest Mountain in Malaysia?
A. Mount Mulu
B. Mount Tahan
C. Mount Kinabalu (your answer)

Correct
76% answered this correctly. 24% answered wrong
Q.5) Which is the longest river in Malaysia?
A. Amazon River
B. Rajang River (your answer)
C. Kinabatangan River

Correct
96% answered this correctly. 4% answered wrong
Q.6) Tun Dr. Mahathir is known as?
A. Father of Independence
B. Father of Unity
C. Father of Modernisation (your answer)

Correct
99% answered this correctly. 1% answered wrong
Q.7) When did Malaysia achieve Independence?
A. 31 August 1957 (your answer)
B. 31 August 1956
C. 31 August 1967

Correct
95% answered this correctly. 5% answered wrong
Q.8) How many years of Independence are we celebrating now?
A. 52 years (your answer)
B. 53 years
C. 54 years

Correct
64% answered this correctly. 36% answered wrong
Q.9) Where is Exabytes Network's headquarter situated?
A. Penang (your answer)
B. Selangor
C. Perak

Correct
95% answered this correctly. 5% answered wrong
Q.10) Which state in Malaysia has the largest flower in the world?
A. Penang
B. Kelantan
C. Sabah (your answer)

sekian.

hebat tak aku??haha.
aku tak paham weh cemane ada orang boleh salah jawab tuh!!!


aha.aha.aha.

malaysia.
aku sayang kau.
jangan kau hilang dari muka bumi ini.

dan ohh.sila klik join kat mende seblah kanan atas belog aku ini.dapat iphone weh!!haha.di samping menyebarkan semangat patriotik ini^^

truk emel aku as referer taw!!

syaza_khan@yahoo.com

daa~

jalan kaki midvelley

aku bukan jalan kaki ke midvelly.maksud aku.jalan kaki di midvelly.yelah.takkan nak naik motokar dalam bangunan midvelly itu.dah sesak dengan makhluk bergelar manusia dah pun.

wah.sakit kaki weh.lenguh2.dan aku baru nak makan ni.lewat bebenor pula.hancuss la harapan nak kurangkan lemak tepu macam ni.bhahahaha.

jam di komputer telah menunjukkan waktu sekarang ialah 11:48PM.
cau.
gua lapar.

nasik set dah menanti gua.
nasik set jela weh.

kan dah bantai pizahut sama secret recipe juga salmon dan hashbrown dan bla3 dan segala belibelah seperti boxer - eh, shorts,belt dan bla2.

dan 11 hinggit wang untuk filem terbaik penuh kelakar abad ini arahan kabir bhatia.ya, enche kabir bhatia sangat hebat ouh.barisan pelakon hebat-hebat.jalan cerita simple tapi hebat diceritakan dengan terbaik punya.kau tak tahu cerita apa yang aku ceritakan ni???

SETEM. setem. setem. setem. setem.

setem arahan kabir bhatia. itu dia.ahahahaha.aku gelak pecah perut terburai sambil terangkat kaki wa cakap sama lu. nasib gua baik sebab seblah kanan gua adalah kawan karib gua. manakala seblah kanan gua adalah seorang gadis yang di kirinya jejaka yang agak cute kata kawan karib gua merangkap boipren nya mungkin.haha.haha.haha.

sonok weh.tgok?
sampai aku dah main lewat nak makan.
ok.

aku betul nak cau dah ni.
jam dah 11:57PM

bukan tunggu pukul 12 sebab nak celebrate besday sapa2 pun. lagipun kalau nak wat celebrate takkan lah dengan nasik set kan. kan???

wassalam.

lelaki hot!!

zaman rerakan masih berhingus, aku sudah cukup matang untuk membezakan lelaki dan perempuan. serius. aku tak tipu. mungkin kerana persekitaran aku di rumah yang tak ramai rakan sebaya ekoran aku adalah generasi anak-anak bongsu kawasan perumahan itu. juga kerana aku bersekolah di sekolah perempuan sewaktu di sekolah rendah.

juga aku baligh awal menurut hukum Islam yang addin itu.

bercakap tentang lelaki. aku memang pantang bersentuh-sentuh ni. yep. dikelilingi rakan-rakan yang menjadi kebiasaan untuk mencuit-cuit dan sebagainya bukanlah suatu masalah jika mereka-mereka memahami aku siapa. oh, rupa aku garang dan masam mencuka yang amaat jika aku tidak mengenali golongan adam ni. tiada masalah lah. oh. topik ni aku bicara lain kali lah. penting gak bab-bab bersentuh yang aku sangat alergik ni.

berkaitan tajuk entri.
kemasukan era umur dua puluhan merupakan suatu tahap mencabar jiwa perasaan hati dan minda wa cakap sama lu.
lu tak rasa sama macam gua ka?
serius. perihal jiwang. mode hatisaket. jiwakacao.
serangan terus menerus.
serangan hendap gerila.
komunis dan sebagainya.
buat kau rasa tertekan weh.
kenapa?
mengapa?
apakah?
di manakah?
bagaimanakah?
kah?kah?kah?
kah3.heh.

baca Quran banyak2 pisey!! tabah2.

teman lelaki aku.
mestilah hot di mata aku.
spicy tak perlu. aku nak someone cool.
orang yang berpewatakan bersahaja.
unik tak unik. ikut apa hati aku judge kan.
faham jiwa aku.
dan aku senang nak faham jiwa dia.
sayang aku.*blushing*
dan aku mungkin juga sayang dia.wahaha.
layan aku sukehati.erk.i mean.dengan gumbira.
tamau orang tertekan sebab aku.
dan aku tertekan sebab orang itu.
aku hebat lah.mana boleh terjejas weh.
dan bla3.

blah2.dan sebagainya.
banyak sangat kalau aku nak listkan.
tapi selalunya aku suka kalau orang tu.
maksud aku. si dia yang jeng jeng jeng ni.
sedap mata aku memandang lah.
buat hati aku rasa best.
dan bila hati bisik pada jiwa.
jiwa meronta.
tercetus aura itu.
hantar mesej pada otak.
berita faham.
roger!!
tu je.

terutamanya. orang yang kenal Tuhan lah.
kemudian.
harus kenal aku.
dan aku kenal dia.

haha.
dah.
kau tak usah nak bermain kata merosak minda weh.

sekian.

hati perut dan otak

cinta.
kau dah dekat kah?
atau kau belum kenal siapa aku.

ramai mengalami fenomena patah hati. hatisaket dan sebagainya belakangan ini. pameran wajah-wajah berlakon bahagia dan suka hati di mana-mana. tak lupa pada yang benar-benar bahagia. dan juga paparan wajah sugul di segenap sudut petak-petak dan ruang-ruang serta bulatan atau apa macam jenis lagi bentuk bilik, sopping kompleks, mekdonel, kepsi, dominosss dan sebagainya.



oh.terlebih pula list tempat-tempat manusia mencari makanan pantas itu. adakah kerana kondisi aku yang sedang berpuasa ini??

rabu. khamis. jumaat (hari ini). sungguh bersemangat aku nak kurus!! kah3. lupekan. aku tak punya banyak selera lah sekarang. tidak mengerti aku kenapa dan mengapa. pity me. anyone please?? jika mahu aku kembali berlemak, sila belanja aku makan makanan pantas serba laju itu. serius. aku rasa yang tu aku senang je nak telan kut.

dah terkeluar tajuk weh!! sukehati lah. belog aku. penulisan aku. jadi aku juga dah tukar tajuk baru tu jadi macam apa yang kau baca ni.




gila. otak kau memang weng2 bila kau lapar kan? haha.

Tuhan.
tenkiu.
sebab bagi aku bertahan puasa ni.

baik aku puasa dari aku bosan menghadap makanan kan? at least time berbuka tu dan malamnya aku bersemangat menghormati makanan di depan mata sebab perut merengek-rengek kan? daripada aku cemuh dan merasa mual dengan makanan tengah hari dan sebagainya.



aku rasa.
aku rasalah.
aku tahu sebabnya.
sebab hati. bikin perut aku. dan otak aku. erk?

tak tak.

rindu peti ais di rumah barangkali.

sekian.



kaki menaip nota di belog: nanti aku tukar lah gambar wajah cute aku kat atas ni dengan gambar lain. belum punya masa dan mood sesuai ohh. seorang sahabat dah bising 2x tak puashati dengan kekiutan aku. bhahahah.

hati tiba-tiba atau banyak merasa: malas belajar!!! ni saloh mum la kawan~

kanak-kanak pembunuh!!

aku pandang bawah.
aku lihat kapas putih berkepul-kepul.
aku lihat lautan luas.
aku lihat bukit-bukit menghijau.
aku lihat jaringan jalan raya.
aku lihat banyak kenderaan atas jalan.
aku lihat bangunan mencakar-cakar.
aku lihat rumah-rumah kecil tersembunyi di balik pohon.

aku pandang tepi.
aku lihat sayap burung gergasi.
aku hanya lihat dan lihat.

aku pandang depan.
aku lihat kanak-kanak comel berbaju merah jambu.
tersengeh-sengeh kegirangan memandang ke luar tingkap.
aku lihat dia.
dia lihat aku.
aku lihat dia senyum pada aku.
aku pun senyum sekadar membalas.

"kakak, awan tu besaaar lah!!banyaak~ tu.yang tu!! waaa..."

aku rasa sinar kat mata dia tu bunuh semua kaku aku.
aku mula merasa sekeliling.
aku kembali pandang bawah.
pandang tepi.
pandang atas.
aku rasa cantik sungguh pemandangan hari ini.

aku sengeh sampai ke telinga.
hilang gugup aku tak cukup tidur malam sebelum.
hilang perasaan gastrik aku.
namanya aisya.umur 5 tahun.
nama dan umur sama icha anak saudara aku.
sungguh comel.
gelagat dia yang tak duduk diam.
mama dia tegur berkali-kali suruh duduk.

aku juga berasa teruja.
dia panggil aku kakak^^
oh.aku baru 20tahun gak.
beza 15 je.
anak saudara aku panggil aku 'maksu adek' =)

kanak-kanak itu pembunuh.
dia bunuhkan segala kaku aku.

(penerbangan dari kota bharu ke kuala lumpur di pagi hari.seronok pula aku rasa naik flight pagi-pagi.walaupun tak cukup tidur.2 jam kot aku tidur malam sebelum.selalunya aku memang pilih malam.tapi kali ni dapat tengok pemandangan cantik.rasa nak naik pagi je manjang.mungkin dapat jumpa pembunuh lagi)

sekian.

kaki mencoret nota: ini peristiwa 11 julai 2009

aku ingin menapak dunia


aku kerdil.
dunia luas.

aku kerdil lagi.
dunia tetap luas terbentang.

aku lihat keliling.
dunia masih luas.

aku membesar.
tapi masih rasa kerdil.

aku belajar.
aku usaha.

tapi gagal.
lalu kurasa masih kerdil.

jerih kehidupan.
mengajar segala.

sekian.