Hello goodbye

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Harapnya puasa itu penuh ketenangan. Mulut 24/7 berselawat. Mata tidak menggatal. Quran dibelek baca sekerap boleh. Tarawikhnya disusun sebaik mungkin. Dan iman diperteguhkan olehNya.

Bangun pagi hari-hari buat nota siap-siap dalam diri; nak hidup bermakna atau jadi orang bodoh. Moga Tuhan pelihara saya dan awak semua daripada azab dijilat api neraka kelak. Moga dipermudahkan urusan kita yang tak mahu serik mencuba ini. Amin.

Kamu mahu apa-apa pintalah dari Dia. Dia itu Maha Mendengar, Maha Pengampun, Maha Mengasihani. Dan segala sifat yang baik-baik tersirat di balik nama-namaNya. Segala pujian milikNya. Daripada Dia kita datang dan kepada Dia jugalah kita akan kembali.

Wallahualam.

Kaki tendang dinding: first day perut agak sedikit mengada nak lemah-lemah. Apa ingat kalau mengada dapat kepsi free? Tak weh.

5 comments:

  1. tahun ni kalau ko puasa penuh,aku belanja ko..hahahhahahahhahahahhahahahhahahaha

    ReplyDelete
  2. kalau dapat kepsi free pun, bukan boleh terus makan woi. hahaha.

    ReplyDelete
  3. hahaha
    perut aku pun mengada2 hari nih
    esok okay lah kut
    selamat berpuasa pisey

    P/S : Kalau Hari - Hari Macam Nih Mak Dengan Abah Tak Payah Dok Risau Dah!

    ReplyDelete
  4. Apa ingat mengada dapat kepsi free? Tak weh.

    Hahahahahaha!

    ReplyDelete
  5. haha..
    chaist..
    kepsi free

    ReplyDelete