Deria

Kita ada mata, tangankaki, mulut, hidung dan telinga. Ada lima deria kesemuanya. Mungkin jika ada antara kamu yang punya lebih deria akan lebih perit berbanding kita-kita yang biasa ini.

Penat lah.

Sini sana benda sama. Asyik-asyik dijolok tentang perkara yang sama. Kita yang biasa-biasa ini ada otak juga. Lembu pun ada otak. Tapi kita yang biasa-biasa ini juga ada akal. Jangan anggap kita yang biasa-biasa ini macam lembu. Atau macam kamu-kamu yang cuma tahu isi rezeki sendiri. Hukum halalharam-nya di mana?

Bodoh lah. Bodoh tetap bodoh.

Masih tak tahu malu mempamer cela sendiri dan berbangga megah ke sana sini. Kita yang biasa-biasa ini juga tahu penat. Kalau boleh mahu saja mematikan diri daripada berhadapan paksaan yang berupa hukuman kepada yang masih celik dengan nilai-nilai sepatutnya.

Buat tak endah? Bukan penyelesaian. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Hendakkan berbini pun telah Dia berikan rujukan dan tips tentang jenis bini bagaimana untuk membawa kepada kejayaan. Inikan pula dalam memimpin.

Kita yang biasa-biasa, tetap masih biasa-biasa. Berharap mungkin untuk menggenggam rasa masing-masing. Dengan hak yang berbaki.

Oke, mari mematikan diri. Fuhh2.

3 comments:

  1. deria aku dah lali dengan keadaan sekeliling
    kadang2 rasa macam kurang efektif utk berfungsi
    sudah tepu mungkin,haha

    ya
    aku pun tak bodoh
    kita semua bukan bodoh
    diam bukan tanda setuju

    ReplyDelete
  2. ada masa kita perlu besuara kerana kita orang biasa-biasa ada kuasa

    ReplyDelete
  3. penaberkala
    kan? haih.

    mamai
    orang biasa-biasa tak ada kuasa. kuasa itu pemimpin. orang biasa-biasa cuma punya asa. dan semangat tak putus untuk mempertahan.

    moga segalanya selamatlah.

    ReplyDelete