Tak mudah nak mudah

Aku cuba memudahkan diri untuk tidak berfikir dalam mana tentang kehidupan yang menanti di hadapan. Banyak sangat perkara dalam nota perancangan. Dah berpuluh ratus kertas menjadi mangsa contengan segala idea, segala lukis kasar, segala data perbelanjangan demi untuk merealisasikan rancangan masa hadapan aku.

Kau tahu apa perasaan bila dah tamat belajar? Kalau kau belum tamat belajar, aku cadangkan kau belajar biar bagus dan ambil sendiri rasa tu bila tamat nanti. Kadang-kadang seronok, kadang-kadang bosan. Tiba-tiba nak makan banyak, tiba-tiba tanak makan nak kurus. Jarang sekali nak maju ke depan, suka sangat dengan gear neutral.

Jadi mundane. Sebenarnya sungguh awesome bagi aku. Dah tak ada ikatan wajib dengan buku pelajaran. Keluarga prefer aku sambung belajar lagi, buat master. Aku jawab paling awal aku akan berkeputusan nak ke taknak, tahun hadapan. Tinggal lagi 6bulan lebih nak ke 2013. Keluarga cakap, kerja makan gaji dulu. Dapat duit sendiri, buatlah bisnes ke apa kemahuan sendiri. Memang itu yang aku mahu.

Bukan kerja, nak duit sendiri. Heheh.

Oleh kerana ada jadual percutian November nanti selama 10hari kalau tak silap aku di sebuah negara asing, segala perkara tentang bekerja dengan syarikat bukan sendiri cuma akan dilaksanakan selepas tarikh itu. Buat masa ini, aku cuma mahu rehatkan otak.

Aku tak mahu buat perkara yang memaksa diri. Aku mahu lakukan segala perkara yang aku suka saja. Contoh: makan dan tidur. Aktiviti yang baru akan dilancarkan: memasak sampai sedap dan menjahit dengan tekun.

Aku mempunyai tastebud yang cerewet, tapi telan apa saja. Kalau makan nasi lauk tak sedap mana, aku masih boleh makan licin. Nak komen tak cukup itu, itu memang nombor satu. Macam mengadap hidup. Perit pun tempuh. Ah, ini sudah edisi riak mengada.

Oh ya, kakngah aku baru saja selamat melahirkan anak ketiganya, bayi lelaki seberat 2.94kg di SDMC jam 2.07pm 12Juni2012. Tugasan pertama aku, menjadi seorang bibik yang komited. Aku sudah boleh membayangkan diri yang tidak tidur malam, berjaga sampai ke Zuhr baru dapat tidur aman setelah usai menjaga makan minum si ibu berpantang dan keperluan si bayi.

Penulisan agak berterabur. Masa banyak tapi mengamalkan sikap malas membaca sejak April haritu. Gara-gara tersekat dengan buku yang kurang menarik (beri alasan). Padahal tahun ini tak terkira bilangan not 50myr yang sudah digunakan untuk membeli buku. Bodoh pula rasa. Jadi dalam tempoh membibikkan diri, selain memasak dan menjahit, membaca juga akan dilaksanakan semula dengan berhemah secara sungguh-sungguh.

Maaflah. Tidur pun tak betul ni. Gara-gara bayi yang suka buat bunyi merengek. End up aku berdiri sepanjang tengah malam ke Subuh. Bukan nak menangis lapar ke apa pun. Saja nak orang tepuk-tepuk letak tangan sebelah dia.

Sekian, memang tak mudah nak mudah. Oke tak ada kaitan mana. Bai.

No comments: