Current flow

Hati tak tenang.

Otak kurang waras.

Degup jantung tak kena.

Jiwa kacau betul.

Jaga aku ya Rab. Aku perlu fokus. Berikan aku sihat dan minda yang baik untuk menyiapkan dissertation dengan baik.

Lepastu nak balik tatap muka manusia-manusia kesayangan for good.

Dissertation

Tinggal tak sampai sebulan. 

Lepastu dah boleh melancong buat kali terakhir dari UK sebelum pulang ke bumi Malaysia.

Syazana sila menaip mulai sekarang!

Bismillah.

Tahun lepas dah tak dapat feel raya

Tahun ni sampai tak boleh nak describe perasaan sendiri.

Adek sebenarnya rindu mak. Kalau mak ada, kalau kalau kalau. Kalau mak ada adek boleh baring tidur kat atas riba mak sambil mak lipat kain depan tv.

I just realised something these few days. It's either aku kurang sabar dengan manusia sekeliling ataupun manusia sekeliling yang sudah kurang sabar dengan aku. Mungkin aku cepat merajuk sikit. Sebab kadang-kadang mungkin aku juga manusia yang perlu dimanja layankan. Jadi bila baru cakap sepatah tanpa niat menyakiti dan lain-lain, pihak lagi satu suruh bersabar dan sebagainya. It hurts. A lot. Bukan aku tak sabar. Sometimes it's just a mere question of innocent query. 

Toleran aku pun dah tak macam dulu. I mean, aku masih boleh tahan pendam simpan tapi aku cepat betul menangis. Pedih.

Sampaikan haritu aku minta kakak tanyakan pada abang sepupu yang ada ilmu. Ada hantu ke apa aku ni? Jiwa kacau betul. Dan people around macam lain macam dengan aku. Atau itu cuma mainan perasaan.

Because the last time ada orang hilang sabar dengan aku, waktu aku hanyut ada hantu, hampir runtuh hancur sebuah persahabatan.

Paling merisaukan ialah pasal dissertation writing aku. Tak berjalan. Tapi aku lebih risaukan keluarga nun di sana. 

Tuhan, jaga-lah kami.

Selamat hari raya guys. Tenang-tenang saja hendaknya.

Hari terakhir berpuasa

Seawal lepas Subuh waktu Malaysia notifications whatsapp menjulang tinggi. Nonstop conversations oleh adik-beradik aktif membicarakan topik hari raya.

Kali ni ada isu besar. Isu sensitif untuk golongan anak-anak dan golongan ibu bapa. Isu ini jadi sensitif kerana ada yang tidak sensitif awalnya jadi menyebabkan semua menjadi sensitif dan terasa hati. Begitu. Ah aku malas nak explain.

It's just that I feel bad that I am not home for raya. The siblings need me. They need a joker to ease the pain. Someone who would do just anything for them. They need their bibik to do the chores.

I need them too.

And tak rasa nak raya pun. Otak aku terlalu occupied dengan writing yang tak berjalan. Dan nak kemas barang-barang yang gila punya banyak ni. 

Hmm. Tiba-tiba rasa kalau dah kahwin ada suami yang baik lagi penyabar boleh mengadu cerita macam-macam.

Tatata saya mengantuk lagi pening sudah. Menjadi yang paling muda juga bagaikan sepit tersepit. Khuatir menghiris hati manusia-manusia aku sayang yang perlu dihormat lebih.

Kelam pengakhiran Ramadan

Tajuk entri ni sebenarnya dapat dari ayat komen pembaca blog as anonymous 2 years ago if I am not mistaken. Entri tentang Ramadan. Kata-katanya terkesan sampai sekarang.

Said that he's lost. Can't find the way back though he wanted to. Or perhaps it was a she.

Whoever you are, I hope you're doing fine. Because someway somehow I believe you're someone close to me hence it hurts that I am not able to help you well with your life's journey.

Sugar where are you?

Aku perlukan jiwa yang punya frekuensi sama untuk berbicara dengan mudah. Jadi cinta, di mana kamu waktu aku perlukan bahu untuk bersandar begini?

Pandang saja mata aku, kau patut sudah faham yang aku sedang rapuh.

Juga dalam kondisi paling sedih. Sedih dengan segalanya.