Eid al-Adha

1. Kali kedua beraya dalam pejabat di Bukit Jalil. 

2. To be honest aku tak kisah pun raya kat mana umur sekarang ni. Bukan sebab tak rasa nak ada momen raya atau lebih penghayatan, cuma nak kena imbang tara tanggungjawab dan prioriti secara menyeluruh. Oleh kerana dah ada wakil sorang anak bukan di kampung halaman pulang, maka cukuplah untuk menjengah dan menghiburkan Ayahanda yang semakin menua dan sensitif.

3. Jujurnya bila mendengar cerita tentang ibu dan bapa kenalan lain, mahupun tentang adik-beradik diorang, cukup aku bersyukur ada hubungan yang tenang dengan keluarga. 

4. Ayah yang tua juga bukan dalam kategori perlu dijaga ataupun punya karakter yang membebankan. Punya ayah yang tua tapi masih sihat ke sana ke mari juga suatu nikmat. Tempoh umur pinjaman. Aku cuma perlu bersedia untuk melepaskan dan ambil peluang untuk menjaga hati Ayahanda semampu boleh. Semoga aku anak yang baik untuknya.

5. Adik-beradik juga masih menjadi tempat berbincang dan rujukan apabila ada keperluan untuk menyelesaikan masalah. Kebiasaannya aku memang menyediakan diri untuk dipanggil dan diharapkan untuk membantu. 

5. Trusted and reliable. Lumrah ada ketikanya rasa annoyed, tapi sayang tu masih sangat tebal. Hakikatnya masa aku lebih banyak dihumban untuk agenda kerja dan kawan-kawan. 

6. Jadi bila ada waktu boleh dicuri untuk bertemu kesayangan-kesayangan ini, redah saja tak kenal waktu dan penat untuk bertemu dan gelak bersama.

7. Eid Mubarak, gais. Jaga diri.