Ramadan dah nak habis

Baca balik entri sebelum aku pun tak faham apa aku karutkan.

Oh well, lagi 9 hari nak raya.

Telefon, merpati, telepati

Telepati ni asalnya dari gabungan telefon dan merpati. Iaitu cara berkomunikasi antara dua atau lebih hubungan. Interaksi melalui telepati cuma memerlukan hati yang rindu dan minda yang celaru sahaja. Lain-lain yang diperlukan ialah teruskan berharap yang mesej tadi telah selamat sampai. Sistem ini tidaklah memerlukan telefon, dan tidak pula memerlukan koordinat yang perlu difahami oleh merpati walaupun ia dipanggil telepati. Ramai sebenarnya yang menggunakan kaedah ini tanpa sedar kerana ia langsung tidak melibatkan kos. Akan tetapi tidak ramai yang tabah untuk terus percaya dan meneruskan dalam mengekalkan komunikasi cara ini kerana kesamaran status mesej yang dihantar sama ada diterima ataupun tidak.

Sekian, terima kasih.

Selagi urusan segala ni belum selesai, macam ni lah aku

"Turung kolupo pah kelik kotobaru. Naik kolupo pah turung kotobaru. Kotobaru semeta pah kolupo semula."

Pitih boh, pitih.

If only by if, the world stop caring

There will be one point in life when people you care stop chasing and looking after you so much; you feel so invisible. Perhaps that will be the almost-perfect time for the one you keep chasing all this while to come rolling easy. Then tada!

You got a life savior.

Because I cannot imagine myself to be left broken alone so long without hands to wrap around me when needed. Especially when you care so much about the world.

And well, this is just an 'if only'. Heh.

Perhaps when that time comes and no prince charming with his white horse come rolling, I am much stronger than now to get through it.

Yeah, I am hopeless romantic at times.

I wonder if I gave you guys some permanent colors and stains to remain for years even when I am no longer here. I just wanna be remembered as someone who listened, and have a kind heart.

Because nothing else matters.

As usual, I shall sleep now. I think too much and it's tiring.

Ingatan

Ada beberapa sudut dalam rumah ni walaupun dah bertahun berlalu, bila aku pandang aku masih nampak bayangan seorang budak hingusan menangis teresak-esak. Sampai lebam matanya.

Ini mungkin cuma sia-sia

Ketenangan aku dicabul. Aku hilang dalam sesak yang aku sendiri junamkan diri. Terlalu banyak hal sedang mempamer diri bersedia untuk dilayan menjadikan aku sedikit sukar untuk bernafas. Sikit masa lagi aku mahu senyum mengenangkan waktu yang sekarang ini.

Tahun ini agak pantas untuk aku. Kebanyakannya cuma berkisar jeritan yang sama. Masih bertemakan perkara yang dibawa dari tahun lepas. Cumanya kali ini sudah ada konklusi untuk aku telusur jalan kehidupan yang baru, daripada terus terumbang-ambing.

Bermalasan di rumah agam tingkat 5 untuk beberapa ketika tempoh hari memanusiakan aku. Desakan membaca bertubi-tubi, kopi yang nyaman, udara segar petang hari bila aku keluar berlari dan segalanya tentang tempat itu. Bandar Baru Bangi sebenarnya bagaikan Kota Bharu pada aku. Bezanya di situ ada keselesaan berseorangan yang takkan aku mampu tukar dengan apa-apa.

It keeps me alive.

Bulan lepas aku bertemu kelompok teman yang baru. Bukanlah baru kenal, cuma kelompok ini baru terbentuk dengan sendiri. Kami boleh bercakap, bergelak tawa dan ke sana ke mari tanpa banyak soal. Terima kasih teman-teman untuk masa yang telah wujud di waktu lepas. Harapnya hubungan ini kekal lagi untuk tempoh akan datang.

Ada kenalan yang aku rindu. Ada kenalan yang merindu aku. Aku tak pasti sama ada aku yang berganjak pergi atau apa yang tak kena. Aku tahu kedua kamu gadis manja selalu baca di sini. Aku mohon maaf sekiranya salah itu pada aku. Mungkin aku tenggelam dengan agak lama, jadi ambil masa untuk timbul semula. Moga boleh seperti biasa kembali.

Selaku manusia, kita sebenarnya gemar menyembunyikan rasa dan membiarkan hal itu cuma tergantung di situ. Berharap adanya telepati dan energi yang bergerak sendiri melalui medan waktu. Aku tak terkecuali kerana berfikir begini pun sudah beri aku degup pantas.

Kadangnya aku sendiri tak pasti apa rupa sebuah kerinduan. Adakah warnanya biru seperti laut ataupun sehijau warna daun? Adakah ia seharusnya memberi rasa yang membahagiakan? Kerna nyatanya setiap kali ia datang menjengah, yang aku rasa cuma pedih di hati.

Tuhan, jangan ambil nyawa aku lagi.

Hiba

"Pada harapan yang berbukit, aku utuskan rasa yang hiba. Jiwa sudah ke laut. Penglihatan aku kabur. Sudah-sudahlah berfikir yang berat-berat. Jangan sekali lagi hilang fokus dan hanyut. Rasa kosong kali ini mengundang resah dan gundah yang panjang. Gigil aku di hujung malam, setiapnya menyukarkan untuk lena dengan mudah. Apatah lagi untuk bangun kembali. Pegangan yang aku genggam kemas kian melonggar, hampir terlucut. Aku perlu usaha lebih untuk mengekalkan dan membaikpulih kembali. Kendian tuju semula ke tempat asal kita semua."

200513

Hi, Ramadhan

I miss you. Thank you for coming.

Please be nice. Make yourself comfortable and stay longer.

Regards,
Me.

Harini haram berpuasa

Jejak tengah Kota Bharu sebelum Subuh tadi sejuk betul. Konklusi mudahnya memang sepanjang perjalanan pun sejuk. Waktu berhenti jam 2 pagi kat Merapoh tu sejuk sampai aku rasa perlu makan nasi, tapi aku bukanlah lapar mana dan sangat malas jadi cuma minum Milo O suam.

Tiga beg galas, satu beg besar dan satu beg tangan. Manakan tidak aku jadi perhatian pakcik teksi dan prebet sapu yang bersepah di muka pintu bas.

Aku berjalan hampir 200meter dengan tangan penuh dan mengambil tempat duduk di anak tangga luar bangunan syarikat telekomunikasi negara. Mujurlah ayahanda tak guna masa yang banyak bergegas datang ambil aku. Masa tu aku baru je duk main Gegula Pecah nyawa pertama, sesudah menghabiskan roti berperisa stoberi yang baru.

Masa nak makan roti tu, aku tak fikir panjang pun nak makan roti jagung atau stoberi dahulu kerana seperti faktor yang menjurus tadi, sejuk. Dan perut aku lapar.

Dah dua bulan tak balik rumah. Kemain lagi perasaan mari ni datang. Tapi macam biasalah bila dah masuk bilik, rasa macam tak pernah seminit pun aku tinggalkan katil bertilam empuk ni.

Malam ni dah tarawih. Lepastu esok mula bersahur dan dah kena puasa.

Paling ohsem waktu berbuka lah nanti. Teehee.

4 Juli 2004

Beberapa bulan sebelum menduduki ujian PMR.
Darah muda, jiwa masih kanak-kanak.

Satu pagi, didatangkan berita paling sedih. Hati bagai dihiris-hiris.
Aku tersembam lama.

Kalau perlu dinamakan manusia paling baik, paling bersih hati, paling penyabar, paling pemurah senyum, paling mendengar, paling memahami, yang terpaling agung bertakhta di hati aku cuma kamu, Mak.

Cuma kamu.

Harap kamu tidak sesal punya aku untuk satu tempoh kerana aku takkan pernah sesal punya kamu walau seketika cuma kerana sepanjang masih hingusan itu aku pernah menjadi anak yang baik, taat, rajin, menjadi pelajar contoh dan sebagainya di mata kamu. Cumanya ada beberapa ketika selepas pemergian kamu aku menghampakan diri sendiri dan cuma mahu mati secepat boleh.

Sampai ketemu lagi jika Tuhan izinkan kelak. Nyatanya, aku cuma tahu me-rindu kamu sampai bila-bila.

Malas fikir banyak nak letak tajuk

Kebelakangan ini aku ambil masa lama untuk telan persekitaran aku baik-baik. Ketidakpastian memakan aku.

Kabut dalam menyelesaikan perkara-perkara yang masih tertangguh, kerap kali mendatangkan sakit kepala. Bukan boleh disalahkan mentari yang panas menyinar. Aku yang sepatutnya lebih kebal menghadapnya.

Ada masalah yang mengganggu ketenteraman aku. Bukanlah hal besar, cuma terlebih diperbesarkan.

Ramadhan dah dekat sangat. Aku rasa berdebar.