possibilities of making choices

dari pemerhatian aku menjelajah dunia blog, aku lihat, aku baca, aku jumpa ramai manusia satu spesis macam aku dalam mencari pengertian hidup. dengan cara masing2 , ia mungkin kelihatan berbeza penyampaiannya, tapi sebab2 yang kita masih berterus untuk hidup, ialah mencari identiti masing2.

setentunya kita semua datang dariNya dan akan kembali kepadaNya.

cuma dalam situasi menghadapi pelbagai keadaan yang ditempuh hari2 itu yang menjadikan kita manusia di kalangan manusia. dunia sekarang bukan lagi macam zaman sebelum. bapa borek anak rintik, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya.

tak dinafikan, sebab2 seperti itu masih lagi boleh digunapakai. cuma aku rasa, ia lebih kepada kesedaran seseorang itu sendiri untuk memajukan diri atau sebaliknya. kau boleh pilih untuk hidup bersuka2 melepak saja sampai tua. kau boleh pilih untuk belajar rajin2 jadi doktor contohnya.

tapi ada juga yang graf hidupnya mendatar saja. atau yang meningkat empat puluh lima darjah. jika aku dijadikan sebagai contoh, kau semua boleh main rollercoaster yang penuh liku2 mencabar yang boleh menyebabkan lutut kau tercedera bergesel semasa melalui rentetan graf tersebut.

walaupun jika dulu kau bukan pelajar yang bagus di sekolah, tak mustahil kau boleh jadi pelajar terbaik anugerah dekan di universiti. ini normal. golongan yang bijak pandai di sekolah dahulu mungkin terlalu genius untuk berfikir apa yang lebih dimahu dalam hidupnya. kemungkinan seperti ini, pilihan yang menarik, itu yang mencorakkan hidup kita semua.

jika dulu anak2 diarah disusun atur saja jadual hidupnya, kini kita boleh lihat berapa ramai graduan yang memutuskan sendiri halatuju hidupnya usai menghadiahkan sijil ijazahnya kepada bapa dan ibu mereka. ah, macam dalam iklan di televisyen itu.

sepertimana jika kau pilih untuk berdiam diri atau bersuara. untuk mencarut sesuka hati atau berzikir sepanjang masa. memperbanyakkan dosa atau pahala. timbangtarakan apa yang kau mahu dalam hidup itu, dan buatlah pilihan dengan betul. kerana hidup kau bukan tentang kau saja putarannya. fahamkan dengan baik.

aku rasa, jika aku bukan di sini sekarang, mungkin aku terjerumus dalam lembah kekusutan yang melampau2. belum sempurna pemahaman hidup yang ada. sebab itu aku teruskan saja. masih banyak yang perlu dikorek dalam2.

heh; bajet bagus betul.
padahal macam orang gila duk cakap sorang2 dalam bilik.


"apa nak jadi?apa nak jadi?sampai sekarang tak kahwin lagi~"

kaki geli2: 22hb 1145am aku terbang ke kuala lumpur dengan sayap gergasi. siapa2 nak kasi tiket avatar dengan mualaf dipersilakan dengan hormatnya. kalau segan2 tutup muka.

26 comments:

FAA said...

setuju!
hehe. kadang2 bile baca2 blog orang kite bleh tgk banyak views of life. lain org, lain caranye kan? ;p

sharamli said...

kal0 kecerunan graf negatif?

hu3

penaberkala said...

btul,kejayaan masa lampau blm tentu dpt menajmin kejayaan ari nih
kejayaan ari nih, blm tentu menjamin kejayaan masa depan
yg pntg,kena terus berusaha
tp,kade2, leloh jugok,hak3

Yuki Yusuf said...

pilihan paling syurga gua nak lepak dengan suami jer sepanjang hayat tapi disebabkan umo gua baru masuk akil baligh, terpaksa lupakan
kehkehkeh

jo said...

jadi..ada tak blogger yang viewnya tentang kehidupan sama dgn kau?

Unknown said...

graf hidup aku memang xstabil...cess...

mamai said...

yang penting usaha biar sebanyak mana kita pernah berjaya tak bermakna tanpa usaha esok kita akan terus berjaya

ape2 jer said...

hahaha aku x de graf wakaka

Luna said...

ye ye! pegi lah tgk avatar!!! aku suka gila!! :)

graf hidup aku, dari satu sisi adalah chainsaw graph..

hans said...

avatar best
haih..
pegilah tgok
oit,jom tgok muaalaf
akux tgok lagi
sob sob sob

betul la entry ko tu
xsemestinya waktu spm rsult dia teruk..
maka dkt u pun result dia teruk
apa yg penting usaha

Unknown said...

avatar mmg best.
dramatik.

i'msosupernotcool said...

zaman sekarang kan..
mcm tu la..

h.a.n said...

yeah yeah...
avatar sangat best...
jom tengok lagi ;)

Pisey said...

to farah.

=) ye syg.

Pisey said...

to sharamli.

pergi minum air apa2 yang boleh caskan ion jadi positif.

mungkin sedikit racun.
positif utk bersemadi dengan tanah!

aha.
bangun2!

Pisey said...

to nuar.

leloh tiko2 takpo.asal bereh nok bangung smula.jange duk wat bengong sokmo2 jah.nok balah jaso mok pok pun tokdey lamokey.

huhu.

Pisey said...

to koyuki.

haha.impian kita nak2 sama je kan.keh3.

wagh!
gua mahu tuk imam itu.

Pisey said...

to jo.

sama tapi tak serupa.aha.lain penyampaian masing2.but when meeting those yang boleh buat aku angguk2 geleng2 pun aku dah seronok bagai.

relief to realize ada persamaan dengan human being lain.

belanja aku cepat!

Pisey said...

to 0.

meh aku patahkan yang mana tak berapa nak stabil tu.

Pisey said...

to pakcik mamai.

betul3!

=)

Pisey said...

to cik biol.

ko mmg biol!

Pisey said...

to cik luna.

satu sisi je kan?
sisi lain cam oke je penuh kelembutan.

ekeke.
aku tak berpeluang pun tengok avatar.

sigh.

Pisey said...

to hans.

tak sempat gua nak roger lu tengok muallaf.huhu.

avatar lom tengok.
sedih.
aritu orang ramai amat n tak dapat online booking.

huhu.

Pisey said...

to ries lee.

alahai.
bukan nak belanja gua!

Pisey said...

to encik cool.

ha'ah.
angguk2.

Pisey said...

to han.

belanja la aku wei!
ke dah habis tayang dah?