day 2 - sunday (seperti dijanji - konon)

1117am anak2 aku dah bising suruh bangun. nama aku misae. ada anak 2orang nama shinchan dan himawari. serius mereka ada persamaan dengan watak kartun popular tu. aku tak. dengan kawan shinchan, si kazama. ajak pergi beli barang2 nak masak spageti. bising betul. aku bangun dan terguling2 macam tenggiling kat lantai dengan diperhatikan mereka2 dengan meluat letih suruh aku pergi mandi.

keluarkan satu arahan je - 'pukul 12 kita bertolak. call teksi terus'. semua terus bergerak berkalut bersiap berbaju bermekap bagai. aku relak2 sambung dengar 2lagu di ipod dan pergi mandi dengan berlenggang-kangkung jam 1142am. heh, aku siap molek2 jam 12 je - awal sikit dari anak2 aku. kazama je pantas. tibalah kami ber4 di warta bangi setelah dihantar teksi.

capai itu, capai ini. tunjuk itu, tunjuk ini. compare itu, compare ini. setel. simpan barang di situ konon nak shopping bahagian atas bintang - berlari2 anak ke mekdonel kerna perut berkeroncong. makan dengan tidak lahap, berbual2 manja, masuk ke bintang semula mendapatkan alatulis dan testpen untuk plc nanti - cikgu suruh beli untuk bergaya diselit pada jaket katanya.

misae ni ibu yang ganas lagi macho. dia minta izin nak main boling. jadi beliau pun melepaskan segala tenaga yang ada sorang2 main 2game. shinchan, himawari dan kazama hanya menonton. semua malas main sebab memang tak main pun. misae saja spesis manusia yang wajib ada stokin dalam henbeg. next, ambil barang2 di bintang bahagian bawah yang disimpan awal tadi.

abang bangla sedikit membebel, katanya 'lamanya simpan barang'. pulang. mulalah aktiviti memasak. makan buah2 untuk kesihatan bertambah bagus. mulberry, grapes, guava. what more to ask? heh - hasil purchase aku on saturday. sebelum asar, kami ngap spaghetti bolognaise bersama seorang kakak yang juga roomate kami dengan bersemangat. sedap yang amat; kalah pizahat jahat yang selalu saja ada masalah dalam etika melayan pelanggan dan pizasalahmasukbahan dan sebagainya. seorang lagi kakak keluar dating. total manusia dalam bilik ini sebenarnya 6orang.

tidur. bangun. mandi dan bergolek2 bosan dengan gaya supermodel. shinchan ajak aku pergi kedai makan. bosan katanya. jadi pergilah kami. bihun celup pula jadi santapan aku. neslo ais aku teguk 2-3teguk saja dan tak jadi minum, bungkus. ah, amat full. pulangnya dari situ, aku melepak di bilik rakan2 di tingkat atas satu level. melakukan aktiviti berbaring beramai2 main tunjuk2 siling, berbual2, berminum2 dan melakukan aktiviti2 normal gadis2 bertemu gadis2 di kala bosan - jeng3.

dan ini aku sekarang sedang menaip konon bagus punya karangan nak sampaikan pada cikgu bahasa melayu dan cikgu bahasa inggeris. sebab bahasa main pakai taruk campur2. rojak pun ada juga la. ini laporan hari ahad bertarikh 24jan2010.

oke babai; nak pergi beratur saya lapar.

lepak2 kat mekdonel pkns malam2 sejuk2 ni syok juga - konpem aku mampus masuk lab plc 10am kang. mata dah merah2 macam seorang pembengis neh!

7 comments:

ape2 jer said...

laporan yg cukup pjg :)

jo said...

macam log polis je.

oranglidi said...

mengarut jugak lu ni.

nohara takda ka? bo ke, nini ke..

action kamen tu wa.

Anonymous said...

gila comel blog ni.. ak ketinggalan brp batu suda ni?? =)follow ody.

hans said...

hahahaha
bila nak belanja den mcd nih?

bias® said...

sambung lagi ke?

shahdiana said...

betul punya perfect la repport...