Aku juga pernah membilang satu sampai sepuluh

Dan aku jadi banyak cakap. Aku akan cakap banyak-banyak melalut dan merapu. Kemudian diam dan berfikir dua-tiga-jenak. Kemudian aku cakap banyak-banyak lagi. Sampai banyak tahap aku cakap sorang-sorang berfantasikan ada kawan yang mendengar dan mengangguk sama. Lepas tu aku akan diam pula banyak-banyak dan tenung sekeliling. Lepas tu mengeluh. Lepas tu jadi bangang.

Hee. See how trouble my writing looks nowadays? Macam pesen budak tak reti pakai otak dah. Berterabur semacam.

Dulu membilang pakai jari. Sekarang pun pakai jari lagi nak tekan kalkulator. Life is still the same. Kau masih dalam bot yang sama menyusuri denai yang sama. Cumanya it is up to you nak baikpulih cantikkan bot itu kasi sempurna atau nak biar saja berkulat berlubang dan kau tenggelam. Dan lemas lalu mati. Atau kalau ajal lambat lagi; adalah bot penyelamat datang angkut kau ke tebing.

Aku mahu dakap diri saja. Kalau berfikir banyak dan menjadi kurius boleh buat kau kurus; aku adalah super-non-ordinary. Tentu dah lama aku boleh jadi manusia terbang.

6 comments:

Unknown said...

aku pernah jadi manusia terbang.

pernah merasa berada di ruang udara
4 kaki dari paras bumi selama 1-2 saat.

natijahnya,
aku MC sebulan.

meo188 said...

yeah... cool...

Nurul Binti Ibunya said...

hohohoho..
bahaya nok!

jangan terbang, berjalan-jalan ok

hans said...

tak payah pikir banyak2 lah

p/s : Review Film : Mantra Filem Seram Paling Terbaik Keluaran Metrowealth?

shandye. said...

ape barang naek bot... naek pisang timbul yg attached pada bot tu lagi best.

hahaha.... ^^,

meo188 said...

yeah2...lame tah hupdate?

btw, jom ambil award khas utk blog awk ni :D

http://freewebcomic.com/2010/07/geng_cipan_award_pakatan_komik_online/