Aku pernah membilang satu dua tiga

Aku juga pernah mengeja abc dan alif ba ta.

Zaman kecil dulu 'everything seems so fine!' (dengan gaya protes suara terjerit-jerit angkat tangan naik atas). Senang nak perapkan otak dengan agenda-agenda baru. Nak sesuaikan diri dengan sekeliling yang walau asing macam-manapun akan jadi mudah. Sebab mungkin tahap kesucian diri sangatlah tinggi. Jadi tiada prasangka. Tiada perasaan negatif dan sebagainya.

Tapi kehidupan yang kekinian bisa melahirkan peristiwa/perasaan yang kerapnya terlalu sulit untuk saling diprediksi. Dan aku benci itu.

Benci aku subjektif. Hatred is also a good feeling. Dan aku mulakan aktiviti dengan membaling batu ke dalam kolam berisi air. Aku pandangkan riak-riak yang terwujud. Aku baling dan amati lagi sampai mati.

Terlalu banyak kekangan; dan aku tidak gemar begini.

Halangan adalah seperti sinonim dengan kekecewaan. Dan aku selaku manusia biasa-biasa; ordinari yang suka pasang angan dan harapan seperti mahu menggantung kelip-kelip di langit malam sampai siang-hujan-dan-pelangi-keluar contohnya; setentunya berasa tersangat gusar untuk bertembung mata dengan agenda-agenda sebegini.

Sesak.

5 comments:

Nurul Binti Ibunya said...

nak bertembung tu kena kuat kan?

jo said...

masa kecil semua nampak mudah.
aku pun suka masa kecil. tak payah fikir pasal apa-apa.

hans said...

kecil2 dlu tak payah nak fikir apa2
mudah je hidup
skrg asyik fikir masa depan jer

Unknown said...

masa budak2, yang tau nak seronok sakan jer.
dah penat seronok sakan, balik umah makan nasik.

berbeza pula macam sekarang.
sibuk dengan career dan masa depan sampai nak balik umah makan nasik pun tak sempat.

ironinya, tak kira dari kita budak2 hingga dewasa nasik tetap jadi makanan ruji.

aku lari topik ker ni?

betul tak penggunaan perkataan ironi aku tu?

Pisey said...

anneM
harus kena sangat kuat.

kakjOlie
masa kecil kalau nangis orang pujuk bagi makan aiskrim terus setel.

hans
masa depan letih nak fikir pasal aku. aku pun malas fikir masa depan. haha.

berries
ya. ironinya kau tahu pula guna perkataan ironi? haha.