Aku ambil berus lukisan. Aku calitkan warna putih dari palet. Aku ambil kanvas putih dan letakkan tegak sedikit condong di hadapan aku. Aku gerakkan berus lukisan tadi mengenai kanvas putih di hadapan aku. Aku lukiskan rambut untuk lukisan terdahulu. Aku buatkan corak baju kegemaran kau.
Aku ambil berus lukisan. Aku calitkan warna putih dari palet. Aku ambil kanvas putih dan letakkan tegak sedikit condong di hadapan aku. Aku gerakkan berus lukisan tadi mengenai kanvas putih di hadapan aku. Aku lukiskan kau mengenakan seluar kegemaran kau.
Aku ambil berus lukisan. Aku calitkan warna putih dari palet. Aku ambil kanvas putih dan letakkan tegak sedikit condong di hadapan aku. Aku gerakkan berus lukisan tadi mengenai kanvas putih di hadapan aku. Seraya ia bersentuh, tangan aku terhenti.
Realitinya ingatan sudah kabur. Jadi digunakan warna putih pada putih. Tidak hitam untuk terlalu kelihatan. Kerana aku khuatir kalau-kalau lukisan yang aku siapkan nanti diludah kotor oleh mereka-mereka yang tidak mengerti.

Kau terlalu suci pada jiwa aku.
Padahal sebenarnya aku sudah banyak lupa. Ingatan pada kau cuma tinggal cebis-cebis yang hampir habis dibawa angin. Jadi aku takut.
Aku rindu kamu ibu.