Ini cerita tahun lepas

Aku cuba selindung perasaan yang bertimba penuh dengan bacaan ayat suci. Aku cari Tuhan. Sebab Dia saja yang selalu ada senang susah aku. Dan susah kali ini memang aku betul tak boleh ungkap dah. Dan di setiap rajuk begini, aku akan juga kata yang aku mahu mak dodoikan aku sampai lena. Mengerekot di sisi meletakkan kepala di pehanya. Rindu.

Aku tak tenang. Tak dapat fokus. Otak tak jalan. Tapi benar hati berat. Rasa bangang. Aku rasa keadaan yang penuh dengan negativiti pada mata aku boleh buat aku mati. Semacam dikeringkan setiap energi yang ada dari segenap ruang, dikumpul dalam satu plastik sampah dan dibakar sampai tiada debu pun mampu terbang jauh. Lesap.

Aku ini penuh dengan kesedihan. Yang dalam. Dan aku kuat berfikir. Tak henti berfikir. Masa depan yang aku dulunya percaya terang benderang seperti sudah mendung. Aku takutkan kilat yang tak tentu hala. Jadi ya, aku mudah gusar pada perkara yang tak perlu pun kadangnya. Wujud pula agenda yang berselang-seli bagai persembahan tari berirama. Persefahaman yang bodoh. Pergantungan yang tipis. Janji-janji kesakitan. Keparat yang terpamer.

Aku ambil satu jalan baru. Sebelumnya aku telusur saja jalan lurus kat depan. Kali ini aku belahkan aspal jalan raya tersebut dengan kuasa harapan. Harapan. Heh. Dengan konsistensi semangat begini, mungkin ada logiknya aku akan bertahan lama untuk percaya hidup.

Aku ini orangnya yang tak boleh terlalu selesa dengan sesuatu perkara. Aku akan jadi terlalu mudah untuk diluka. Macam biasa; aku takut kehilangan. Moga lencongan kali ini beri kebahagiaan pada kita semua.

Jadi, maaflah kawan-kawan. Aku juga perlu lindungkan diri.

4 comments:

Luna said...

aku faham sepenuhnya.

miya said...

saya faham 110% kak.

kak jangan sedih. Allah kan ada.
saya pun ada :)

Pisey said...

luna
(; susah.

miya
Tuhan mmg tak penah tinggalkan saya pun. huhu. baik sangat Dia.

sayang dua2!

miya said...

sayang extra boleh? :D