Selam

Setiap yang berlaku di sekeliling aku membentuk kata-kata dalam hati. Tetapi bukan setiapnya mampu aku terbitkan sebagai kata-kata pada umum.

Konsep-konsep yang kita pelajari ialah risalah pengalaman orang yang menerbitkan kata-kata itu sendiri. Hidup kau, harus dipraktikkan konsep lain. Konsep baru. Konsep sendiri. Contohnya memberi dan menerima. Bukan semua orang terwujud melaksanakan konsep apabila diberi banyak akan memberi juga banyak pada orang yang sama.

Ada manusia yang mungkin selalu bersama tak semestinya paling dekat dengan hati kau. Ada yang 24jam sehari di fikiran tetapi jarang muncul depan mata. Atau ada yang takkan lagi wujud selaku jasad bernyawa tetapi kau rindu sepenuh jiwa dan raga. Kadang-kadang orang asing yang kau jumpa di kaki lima mampu memberi senyuman paling ikhlas untuk kau kenang waktu-waktu menggigit. Ini keajaiban yang jarang diketemu.

Sepertinya juga konsep buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas setimpal. Jangan percaya sangat pada manusia sama kau. Jangan berharap sangat. Akhirnya kau sendiri yang sakit. Ranap. Runtuh.

Macam selalu aku beritahu, Tuhan saja yang tak pernah menipu.

4 comments:

Anonymous said...

Dalam kelam pengakhiran Ramadan, ini cukup menyelam hatiku.

Sungguh, aku rindukan Tuhan. Tapi sendiri, semakin menjauh.

...

izyan.ariff said...

:) yang.salam aidilfitri. wajib jumpe ok? sayang kamu.

Pisey said...

Anon
Aku kira, kau sangat mahu. Mahu dekat dengan Tuhan. Mahu sangat-sangat. Kerana itu kau rindu. Kita ini, cuma mampu rindukan perkara yang kita mahu.

Apa kata hati kau, kawan?

Mekyan
Oke dah jumpa! Hehe.

prajnā ondřej said...

"Ada manusia yang mungkin selalu bersama tak semestinya paling dekat dengan hati kau. Ada yang 24jam sehari di fikiran tetapi jarang muncul depan mata. Atau ada yang takkan lagi wujud selaku jasad bernyawa tetapi kau rindu sepenuh jiwa dan raga. Kadang-kadang orang asing yang kau jumpa di kaki lima mampu memberi senyuman paling ikhlas untuk kau kenang waktu-waktu menggigit."