Runtuh

Untuk berada dalam sepi yang paling dalam, kau tidak perlu mengasingkan diri dan duduk sorang-sorang pun. Cukup hanya dengan kawalan minda yang entah waras entah tidak, cukup. Dengan jiwa yang sedang hilang sedikit demi sedikit terhapus ke persekitaran yang menggigit bingit.

Perkara paling menakutkan adalah bila merasakan yang hati sudah hitam dan tiada peluntur dapat digunapakai bagi membersihkan kotor yang ada. Wujud rasa bersalah yang paling fakap tapi tak boleh diluah utarakan pada sesiapa. Rasa hilang.

Jatuh. Tersembam tak bangun-bangun dan mati.

Dan kalau kau fikir mati itu penamat segala kau salah berkali salah. Lagi dan lagi kehidupan lain sedang menanti. Soal percaya tak percaya. Ulangan demi ulangan. Parasit menggagah menakluk kawasan hati. Bikin jiwa meracau sampai akal menggila. Lagi-lagi bila hati kau memang hati yang mati. Mula-mula berkulat lepastu matilah. Tak percaya tanya Tuhan. Sebab selalunya Dia tahu lebih.

Oke, berhenti jap. Bertenang kawan. Hela nafas perlahan-lahan. Tapi sebenarnya tak ada yang mencelarukan mana kalau kau tahu mana salah dan silap yang berkait dalam hal yang ini. Kalau kau tahu susun atur setiap langkah yang kau mahu ambil. Dan tahu mana perlu lihat bila kau pusing ke belakang. Tak susah mana.

Tak susah. Gulp.

No comments: