Aku dah pun selesai menghadirkan diri ke majlis konvokesyen yang meraikan aku dan rakan-rakan yang lain. Sebenarnya sejak mula sesi praktikal Januari lalu aku sudah berkira-kira untuk tidak melibatkan diri dalam majlis ini. Atau awal lagi. Akhir tahun lepas lagi aku dah bersepakat begitu dalam hati. Kerana majlis ini melibatkan wang ringgit dan pembaziran masa. Dan memenatkan kerana ia leceh pada aku.
Jadi, waktu tarikh pembayaran untuk jubah dan sebagainya mula dibuka sesinya, aku tak ambil pusing sangat. Selepas beberapa jenak, keluarga mula tanya itu ini tentang hal konvokesyen. Bila, mana, macam mana, dan segala jenis soalan aku kena hadap. Betul sebenarnya, aku tak ada hati.
Menjadi yang paling akhir dalam keluarga untuk memegang gulungan ijazah, aku sebenarnya memikul satu tanggungjawab juga. Entah apa daya tiba-tiba menarik aku untuk menguruskan segala hal konvokesyen dengan cepat dan pantas.
Keluar saja dari dewan yang besar itu, sesudah saja sesi penggambaran individu dengan jurukamera berbayar, aku mendapatkan wakil keluarga yang datang ke majlis.
Aku salam ayah, peluk ayah, cium ayah dan ucap tahniah pada ayah kerana semua anak ayah sudah grad sempurna. Ayah yang pada waktu itu sebenarnya sudah sedia nak ucap tahniah pada aku tak jadi nak ucap. Terus saja ayah cakap, a'a lah dah habis dah semua anak ayah. Ni yang paling akhir.
Sempena adanya majlis konvokesyen ini, along yang dah lama tak jejak sini seronok datang menghiburkan jiwa. Ayah yang belanja dia. Ayah pula dibelanja oleh angah walaupun awalnya ayah cuma minta uruskan pembelian tiket dengan menggunakan kad beliau sendiri. Ayah pula seronok bermain dengan cucu yang tembam.
Paling penat sebenarnya kaki aku. Kenapa-kah diwujudkan tumit yang tinggi? I wish I could walk barefoot on stage. Sampai je aras parkir aku tanggal wedges jalan kaki ayam ke kereta. Sampai kereta sarung pakai selipar jepun merah berbiji-biji. Rasa macam kaki diurut seketika.
Kami semua berkumpul di rumah makcik untuk makan tengah hari dan sesi melepak makan minum berterusan sepetang. Aku macam biasa pengsan sendiri dek kehabisan bateri di sofa ruang tamu, masih dalam baju kebaya selepas kenyang makan nasi dua pinggan. Celik mamai dah petang, makan bihun dan minum milo ais pula.
Cerita pasal sofa rumah makcik di Seri Kembangan ini, akan senantiasa ada bulu kucing yang berwarna putih kerana wujudnya beberapa ekor makhluk tersebut yang mendiami rumah ini bersenang lenang. Hari-hari vakum pun tetap sama. Dan sofa ini adalah antara tempat baring paling sedap dan tapak tidur paling lena dalam hidup aku. Dari aku kecil, besar sikit, zaman malu segan, zaman datang bila lapar dan tagih kasih tanpa segan, momen nak sendel dengan kucing dan sebagainya. Makcik ialah adik Mak.
Kembali ke topik konvokesyen.
Yang sedikit istimewa masa aku sengeh-sengeh atas pentas tu sedia nak ambil skrol (bukan skrol sebenarnya, benda petak buat isi sijil berlambang universiti tu apa nama entah orang panggil), Dato' cakap 'tahniah ye Syazana', automatik aku pun 'ohhh, terima kaseehh datoook' dan sambung sengeh-sengeh. Aku tanya budak lain semua cakap 'tahniah' je. Keluarga pakat duk gelak cakap dato' suka aku.
Pasal konvokesyen yang telah berlangsung, ada banyak perkara baik berbanding perkara kurang baik daripada hasil pemerhatian dan perasaan aku. Jadi, syukran ya Rab.
Banyak masa aku rasa aku kurang bersyukur. Maaf. Moga sentiasa beringat-ingat mengingatkan. I should better look further and deeper. Tak terkira benda yang aku patut syukurkan sebenarnya.
Hey guys, thanks a bunch. Bundle of bunches. Hahah.
Really, thanks.