Kelantan, PTD M41, Malaysia dan Pilihan Raya ke-13

Hujan hari-hari. Hampir setiap masa memang lembap. Aku pun jadi lembab je.

Sabtu baru lepas duduki ujian untuk kemasukan PTD M41. Bahagian A aku memang sedia peluru banyak untuk tujuan tembak-tembak. Harapnya kena lah sasaran. Bahagian B aku rasa dapat seratus. Was expecting a tougher ones. Esei bahasa aku jawab pasal Gagasan 1Malaysia, quite to my own surprise aku pergi pilih jawab soalan satu tu. Kes soalan dua dan tiga macam tak ada benda aku nak hurai. While for the english essay pun aku jawab soalan satu, faktor-faktor yang menyumbang kepada kepuashatian dalam bekerja (read: job satisfaction).

Oke bukan nak cerita pasal exam PTD M41 ni pun sebenarnya.

Bergolek di rumah kat Kelantan ni, kalau dibuat perbandingan dengan mana-mana tempat lain sikitpun tak boleh nak lawan. Rabu ni dah kena ke Bangi semula ada hal. Hal peribadi, hal kawan dan hal kahwin kawan. Akan pulang lagi untuk sesi mengundi buat pertama kalinya. Aku harap keadaan kat sini sama saja. Aku harap tak ada korupsi. Aku harap yang baik-baik berlaku, yang berkat-berkat. Aku tak mahu negeri ni jadi lain yang lain macam.

Untuk negara, tak kira lah di bawah pemerintahan sesiapa pun. If you can do better, if you can make better, do it and prove to us that you're capable of doing it well as promised. As a leader, memang banyak dugaan. Tapi kalau kau ada iman, kau percaya Tuhan, kau betul perjuangkan hak rakyat, kau akan terus saja di jalan yang benar. Mana-mana agama pun akan suruh berbuat kebaikan. Duit bukan segalanya. Duit itu cuma nafsu. If you can't cope with the money, sir; bagi saja kat aku. I'll use it wisely.

Kalau kau kata kau cuma manusia, buat kesilapan itu lumrah pergi matilah. Kalau tak boleh dan tak mampu kawal diri, jangan sibuk nak jadi pemimpin. Dosa jadi pemimpin yang berbuat salah pun lebih berganda besar dari jadi rakyat yang suka mencarut, kau patut tahu.

Mungkin betul agenda exam PTD M41 ni dia buka peluang kepada sesiapa saja yang memohon nak suruh ramai lebih patriotik bila ambil tahu pasal sejarah, dasar-dasar negara, sistem pentadbiran dan segala isu semasa yang timbul. Mungkin lah.

Sebab aku rasa lebih patriotik than ever lepas khatam pelbagai bacaan dalam masa dua hari. SPA please take note. Jangan nak gila sangat panggil orang suruh jawab ujian tapi surat, emel, SMS cuma dapat dua hari sebelum.

Kalau sebuah suruhanjaya pun tak boleh nak buat kerja hebahkan informasi dengan baik dengan teknologi yang ada, macam mana dengan badan-badan yang lain? Macam mana nak bentuk kerajaan yang bagus?

Aku bukan kutuk organisasi sangat, tapi there must be something wrong dengan manusia-manusia yang terlibat. Fikirlah sikit bila dah jadi yang terpilih pikul tanggungjawab baik-baik. Perangai macam orang marketing Naza Tutti Frutti Malaysia. Kalau marketing people teruk, aku salahkan bos atas sebab tak care isu-isu klien yang timbul. It's the leader.

Pilihanraya ke13 dah jadi topik hot stuff. Kerajaan kutuk pembangkang. Pembangkang kutuk kerajaan. Macam-macam sangat aku rasa aku meninggi diri cakap kat diri aku bijak bila both sides saling bertelagah. Sorang menyalak sorang menguak. Bodoh lawan lemau. Aku cuma melihat kerana aku tak mahu tuding jari kat diri sendiri cakap haha kau pun bodoh.

I am no one. Just a citizen yang ilmu belum cukup. Selaku rakyat aku akui aku belum matang sepenuhnya.

Macam aku sekarang ni menganggur, jadi aku selfish jaga diri sendiri sorang pun takpa. Tangggungjawab aku ialah jaga diri sendiri.

Tapi juara bodoh harini aku kasi kat orang yang berhutang dengan aku hampir 5tahun dan belum diselesaikan walaupun dimaterai pelbagai kata. Janji tak ditepati langsung. Sikitpun tak boleh pimpin kerajaan atau mana-mana parti.

Tak sangka aku malas-malas lembab dalam keadaan lembap ni boleh menaip sebegini panjang. Aku ni power sebenarnya. Saja je sekali sekala baru tunjuk skill. Baru padu.

Sekian.

No comments: