Bukan hamba yang baik

Lewat waktu yang berlabuh manja, aku hanyut dalam kotak fikiran sendiri. Perkara-perkara yang menerjah masuk membingungkan. Memberatkan fikiran- menjadikan aku yang sedia asalnya memang suka tidur, tidur lebih banyak lagi dari jumlah jam yang sedia banyak. Lagu-lagu kegemaran cuma mampu menjadi halwa yang ringan, langsung tidak terkesan pada jiwa yang merapuh. Ketenangan aku digoncang. Perasaan ini rapuh. Hati aku dipenuhi kesedihan yang berat. Terlalu berat. Hampir setiap masa degup aku kencang. Tak senang duduk. Aku tahu ini mainan iblis kerana aku sedang menjauh dari jalan yang lurus.

Dah nak masuk Syaaban. Aku belum bersedia untuk Ramadhan dan Syawal.

2 comments:

karenontheshore said...

keep strong!

Pisey said...

Will do. Thanks.