Kelompok tadi seperti mengatakan yang sangat sukar untuk mengetahui hal yang sebenarnya tentang perkara jodoh yang samar. Cuma Tuhan yang tahu.
Walhal si pemilik-pemilik kata sudahpun berpasangan, bakal bertunang dan sebagainya.
Menyambung konversasi tadi, separa refleks aku kata, "I believe it's when you look at this somebody, you feel comfort, and deep down you feel like 'okay this is it', he/she is enough for you. That you need no more than that."
Kesempurnaan apa lagi yang kau mahu cari, bila yang dirasa sekarang seperti sudah cukup. Hampir cukup yang membawa untuk punya rasa syukur atas tenang yang ada. Kau sendiri bukan malaikat.
Janganlah tamak sangat. Jangan nak rakus sangat. Dan bilamana kamu bertemu manusia yang menjadikan kamu suka dan seronok tadi, panjatkan syukur dan bersabarlah.
Hati. Tenanglah kamu.
'Percayalah dengan jodoh Tuhan.'
2 comments:
*look around*
Sis dah nak kahwin ke?
*intai sekali*
Post a Comment