Aku dianggap mempunyai masalah untuk membahagikan masa dengan baik.
Hanya kerana mereka kata mereka faham, mereka tak semestinya faham.
Jadi untuk pihak yang sedia maklum langsung tidak cuba untuk berada dalam situasi kamu, maka faham-fahamlah. Langsung tidak dipedulikan keadaan kamu.
Aku bukanlah mempunyai masalah untuk membahagikan masa dengan baik.
Cuma kamu yang tidak faham cara aku berfungsi.
Aku melihat kehidupan berlainan dari kamu.
Jadi aku juga bisa menghakimi yang kamu tidak menjalani kehidupan dengan baik.
Tuhan jadikan aku dan kamu-kamu berbeza.
Masalah kamu untuk tidak menerima pendapat itu bukan masalah aku.
Tetapi Tuhan, kenapa aku dijadikan kamu terlalu rapuh seperti ini?
Bukan tidak punya kesabaran, aku cuma penat dan sedih.
090915
No comments:
Post a Comment