KUL-KBR, KBR-KUL2

Esok awal pagi balik Kelantan. Lusa tengah hari dah turun KL balik.

Bukan boleh cakap
"Wah kayanya, pergi balik satu malam sahaja."

Tapi sebab tak mampu ambil cuti Jumaat dan Isnin macam kakak dan abang-abang ipar. Sorang lagi kakak dah memang masih dalam cuti bersalin. Budak-budak pula cuti sekolah. Diorang dah balik semalam. Aku home alone dua malam. Dua-dua rumah kosong.

Kalau ambil cuti dah jadi unpaid leave. Dahla nak beli tiket balik dah lebih seratus jumlah. Kalau kena tolak gaji pula, haru. It's the best option I have.

Lagipun sibuk bebenor office aku ni. We should be glad, kan?

Projek asyik masuk. Maintenance call tak berhenti. Semua ni duit masuk. Masalah company ni cuma orang tak cukup, workload memang boleh gila kalau ambil serius. Orang lain projek tak ada, pekerja terlebih sampai kena buang orang.

I am sorry to hear those yang kena buang kerja dengan notis 24jam. Semoga rezeki kalian Tuhan gandakan di kemudian hari untuk yang benar ikhlas berusaha.

Masih tak tahu siapa boleh hantar ke KLIA dan kutip aku di KLIA2 nanti ni. Kawan-kawan kegemaran ada hal lain. Keluarga pula semua di Kelantan.

Pfft. Lonely nya.

Tubuh aku masih penat dek perjalanan pergi balik Labuan untuk mesyuarat ringkas hari Rabu lepas. I need my sleep. Like seriously.


No comments: