Aku tak punya hubungan yang normal dengan Ayah. Sejak Mak tak ada, walau kelihatan serapat segembira mana pun aku bila meluangkan masa dengan Ayah, masing-masing ada diam yang cuma dimengerti Tuhan. Ada limitasi ruang dalam diri yang diisi dengan kata-kata tak berbalas dalam hati. Moga malaikat bantu mengangkat segala ini sebagai surat-surat doa kepada Tuhan. Kerana cuma Dia yang tahu apa sebenarnya makna Ayah untuk aku.
Selaku anak yang keras kepala, maafkan aku Ayah.
Jam 459pagi, 1 April 2016.
2 comments:
Sama dgn aku juga. Tetapi hubungan kami masih baik cuma "diam yang dimengerti tuhan" itu selalu ada bila duduk berdua..
Sudah cukup indah bukan? :)
Post a Comment