Kepala aku aku kira agak kompleks. Atau mungkin sebenarnya biasa-biasa je. Tapi dah kepala (read: otak) aku sendiri, tentulah aku saja nak exaggerate cakap kompleks bagai.
Aku mempunyai masalah untuk melipat kain baju secara istiqamah kalau baju-baju ni semua berterabur. Aku kena susun satu persatu: ni baju siapa, ni baju kena betulkan dulu sebab terbalik dan sebagainya. Lepas dah susun, baru aku lipat satu persatu. Tapi ni aku cuma boleh praktik bila aku duk rumah sorang-sorang. Kalau tak nanti kakak cakap dah kenapa nak susun-susun dulu macam tu. Lipat je.
Maka masalah aku tak boleh tengok keadaan yang asalnya selerak dan terus kena terjah buat ni, jadi masalah besar waktu aku mula kerja makan gaji dua tahun lepas. Sebabnya foundation company tu tak cukup clear dan bagus. Management kacau bilau. Back to point di perenggan pertama, kepala aku kompleks. Oleh itu benda ni jadi satu beban. Dan sampai satu tahap aku dah tak boleh hadap. Sebab tiada kemahuan untuk berubah oleh pihak atasan.
Lepas aku berlalu pergi tiba-tiba je macam-macam pula perubahan dia buat. Haha. Amazing. Punya la dia tak nak mengaku keperluan untuk perubahan-perubahan itu dilaksanakan untuk kelancaran urusan kerja untuk lebih produktif.
Aku lupa sama ada aku pernah cerita atau tak. Lepas aku notis nak berhenti kerja tu, ada lagi dua bulan sebenarnya kena masuk kerja dan buat handover apa patut dan membantu kerja apa patut. Akan tetapi selepas cuma dua minggu, pihak atasan terus suruh aku balik. That morning, kereta aku tayar pancit buat pertama kali seumur hidup. Petangnya, kena suruh balik dan pulangkan terus segala barang syarikat. Haha. Amazing. Lepas delete kerja peribadi aku untuk pembaikan sistem syarikat dari laptop dan sharing files, aku pulangkan laptop kepada admin.
Tapi gaji aku masih jalan je. That's one of a good trait dari pihak atasan. Tak pernah berkira untuk duit gaji. Plus, aku yang notis dulu. Maka memang aku entitled untuk duit gaji dua bulan. Kalau mampu undur masa balik, aku kalau boleh taknak kerja terus kat situ. Because it affected me in a bad way. Aku jadi kurang yakin dengan diri dan kepala fikir aku memang not good enough and unfit to be in working environment macam tu.
Some say and especially family cakap why why. Aku memang tak boleh nak jawab why. Kalau ikut hati dan firasat aku, dua bulan awal lagi aku nak berhenti dah. Sebab aku tak suka. Dan makan diri bila buat benda tak suka. Sebelum aku hantar surat berhenti, dua minggu akhir tu memang nak bangun dari katil pun tak larat. Memang terduduk termenung fikir bila nak gerak pergi kerja ni. Mungkin aku crybaby bab kerja ngan orang ni. Atau mungkin bukan dengan majikan yang tepat. Wallahualam. Benda paling aku tak suka pasal diorang ialah, lack of appreciation and tak ada thank you pun. Like seriously? Aku dahla bab hati ni deep je. Sobs.
Tajuk asal tadi usaha tangga kejayaan. Aku macam dah melencong macam-macam pula. Banyak benda nak tulis sebenarnya.
Ramadan kali ni, best. Alhamdulillah. Banyak nikmat. Nikmat berbuka dan bersahur sorang-sorang pun dah dirasai dengan seronok. I really enjoy my own company it seems. Kena usaha lebih untuk punya tempat tinggal sendiri and strive for what I really want yang melengkapi hidup seorang manusia yang baik. Paling utama, ingin selalu dekat denganMu ya Rab.
Thank you for all you love.
No comments:
Post a Comment