Football SEA Games 2017 Semi-Final 1 Malaysia vs Indonesia

Petang tadi aku pergi ambil anak saudara yang baru balik dari MRSM Bentong kat KFC Seksyen 13, Shah Alam.  Dia naik bas chartered yang hantar diorang ke KL Sentral dan ke situ. Punya sesak aku tengok orang ramai kat jalan ke stadium tu. Tapi aku fikir ah hari Jumaat biasa lah. Rupanya ramai beratur beli tiket bola, tapi dah berjam berlama beratur sekali tiket soldout.

Hari Khamis sebenarnya kawan aku si A tiba-tiba je whatsapp kat group tanya kawan aku si B, online depan pc tak? Camtu. Aku masa tu sedap tergolek baru nak memulakan hari nak turun makan kat dapur. So aku tanya la yer kenapa A? Kot aku boleh bantu. Since B sibuk not responding yet.

A cakap nak minta bantuan belikan tiket bola ni ha. Semi Final 1 di Stadium Shah Alam hari Sabtu 26 Ogos 2017. Aku yang memang kelam bab SEA Games KL 2017 ni pun ooo. Aku tahu A dan husband memang peminat bola tegar hehe. Untung dia boleh bermotosikal je pi mana-mana sama-sama. Tak ada la bersesak cari parking. Dia dan husband both dah try nak beli online kat pc masing-masing tapi page duk stuck at 18min camtu tak gerak-gerak. Thanks to my ipad love you.

So aku pun okay jela boleh cuba pakai ipad ni. Tunggu dekat setengah jam juga page duk loading kejap kata 16min, kejap turun 12min then naik 13min, lepastu 14min, lepastu 12min ah you get the idea. Waktu dia tulis 6min aku dah debor dah. Duk fikir mana nak klik ni? Maka setiap steps aku nak klik aku snap tunjuk kat A hahaha.

Jadi bila tahu ramai beratur bersesak tadi aku yang tak tahu menahu banyak benda ni tanya lah si A, kenapa orang beratur kalau boleh beli online? Rupanya ada kuota jualan online dan kuota jualan kaunter. Adil lah juga begitu since bukan semua orang boleh beli cara online.

Ditakdirkan aku dapat lah beli tiket tu 5 keping. Rezeki kawan aku untuk menonton. Aku beli 2 keping untuk aku dan kawan aku C sebenarnya. Tapi C yang excited nak tengok bola dah janji dengan family untuk ke Cameron Highland. Believe it or not aku tak pernah ke Cameron Highland ni. Kalau pergi tentu habis pokok aku borong beli haha.

Dan believe it or not juga aku tak pernah ke Stadium Shah Alam atau mana-mana stadium tempatan untuk tengok bola ni. Pertama kali masuk Stadium Shah Alam pun sebab tengok badminton masa Dato' Lee Chong Wei tahun lepas sebab kawan aku D ajak teman. So why not.

Oleh kerana esok aku kerja pagi, aku masih excited nak pergi tengok bola ni. Cuma kepala pusing fikir mana nak parking dan since aku sorang je, aku cuak kena panic attack or anxiety tiba-tiba bila bersesak in a crowd of unfamiliar faces. Nak berjanji dengan A pun kang payah pula nak set-set mana nak jumpa (since aku tak boleh imagine how).

The first live football match aku pernah tengok ialah di Manchester kat Old Trafford haha. Lawan Manchester City masa tu. Walaupun seat atas gila tapi it was awesome sebab menang! Second one pun sebab tonton Class of 96 lawan friendly. Yang ni jauh sikit naik bas. Turun bas sebab jem and had to walk beberapa kilometer ke stadium masa tu. Haha. Semangat. At least pergi ramai-ramai dengan kawan ada orang pimpin aku. Aku dahla rabun.

As much as aku bersemangat nak tengok bola ni, I am more worried dengan keselamatan dan ketenteraman aku. Maka tengoklah apa jadi pada 2 tiket ni pagi nanti. I bet ramai ulat tiket duk jual kat depan stadium nanti haha. On which kawan-kawan aku duk joke about it cakap amboi kalau jual depan tu nanti hot la diserbu lol. Tak ada nya aku nak gi jual depan tu. Letgo atau tak letgo. Dah ramai kawan-kawan si A dan husband duk beratur nak ni.

Aku rasa benda ni macam konsep rezeki. Nak gila-gila, usaha gila-gila, if it is not for you maka tak dapat juga. Sebab aku rileks-rileks je bantu kawan sekali dapat beli tiket. Huhu.

Aku bangun iron uniform IKEA ni sebenarnya. Dan print tiket bola siap-siap. Tak sampai 5 jam lagi aku dah kena masuk kerja dah. It's 342am dan syif aku mula 815am kah kah. Haru.

Okay aku pejam dulu.

Aku dapat pergi atau tak dapat pergi, aku nak Malaysia menang lah.

Go Harimau Malaya!
MALAYSIA BOLEH!

No comments: