Aku sebenarnya cepat dilanda kemurungan kalau aku tak ada benda nak buat. Mungkin ramai rasa seronok bila tak ada kerja nak buat ataupun sentiasa lapang. Aku pun dulu macamtu tapi sekarang tak.
Tak sibuk bermaksud aku akan banyak menggelamun dan termenung. Yang boleh mengakibatkan perasaan kurang tenang dan sebagainya. Jadi biasanya aku mengelak dari tak tahu nak buat apa. Kadang-kadang sampai bersusah bersungguh-sungguh untuk memuatturun series Grimm (sebab hero hensem) di Mekdonel hingga jam 3-4am jika hari esoknya hari cuti.
Bila kerja syif, hari cuti aku tak sama dengan kawan-kawan dan keluarga aku sendiri. Jadi kena bijak mengisi masa dengan baik. Tapi bila dah terbiasa sangat dengan rutin syif tak tentu hala selaku pekerja separuh masa di syarikat perabot Sweden tersebut, aku mula rasa bosan. Maka aku letak target, by end of 2018 aku kena dapatkan kerja atau jawatan baru dengan syarikat sama (sebab sayangkan benefit), else aku akan keluar.
Maka, aku dapat. Alhamdulillah.
Tapi nak dijadikan cerita, bila minta bersungguh-sungguh dan Tuhan bagi ni, aku ada kerja lagi satu pula yang mungkin juga bakal menjadi kerja sepenuh masa aku.
Maka aku kena memilih lagi sekali. Because at this rate, aku boleh je imbangkan dua-dua. Sepenuh masa dengan perabot Sweden, separuh masa dalam dunia bisnes korporat. Akan tetapi, kesihatan tak mengizinkan dan aku sendiri pun sebenarnya banyak condong ke satu arah sahaja.
Di antara kemahuan dan kestabilan yang kukuh, susah bener kali ni ya mas?
Bye nak makan.
No comments:
Post a Comment