1. Terlalu banyak perkara menenggelamkan, aku hampir saja hilang lemas bersama.
2. Episod yang aku ingin tutup rapat, kembali mengetuk. Mungkin kali ini ada kelainan. Bukan seperti sebelum ini. Mungkin ada limitasi untuk tempoh ke depan.
3. Kesihatan tak berapa baik. Sakit kepala sepanjang hari. Perlu dikurangkan tempoh menghadap skrin. Akan tetapi masih tak dapat berhenti telan kafein setiap hari. Lebih merana sakitnya.
4. Mencari titik punca namun gagal. Tiada ruang bicara juga maka aku cuba lakukan apa yang boleh sahaja dengan ucapan moga-moga Tuhan bukakan pintu.
5. Berborak tentang Tuhan, aku sudah sangat jahil dan jauh. Keadaan menekan, aku tertekan dan terbawa-bawa kononnya kuat tanpa berpegang. Jadi bodoh pun meletihkan juga sebenarnya. Perlu kembali ke titian asal dengan penuh hati-hati menyusun kembali apa perlu.
6. Penat.
7. Kuatkan aku dan izinkan aku pergi bila aku sudah sedia, Tuhan.
No comments:
Post a Comment