dalam-dalam aku rasa aku sedang sakit. dan kadang-kadang rasa seronok juga untuk beretika perasaan sebegitu. bukan aku nak pesongkan segala kewujudan, aku rasa lebih bersyukur bila selalu fikir tentang mati. aku juga selalu berdoa. yang jika mati aku itu hampir, tolong biar aku tahu agakannya bila. aku tak mahu mati ngeri dalam kemalangan. tolong jangan.
ya. semua orang akan mati. dan aku selalu seram sejuk tatkala sepi singgah di benak kalbu kotak hati dan minda bagai. tatkala malam mula berlabuh, hujan yang renyai2 meneman sama, makin sejuk aku rasa lantai tempat aku meniarap guna laptop roomate dan broadband kawan bilik sebelah ini. heh.
ironinya. bila kau bangun pagi di subuh hari. kau lihat di luar tingkap. langit tenang2 saja. redup hati sejuk mata dengan wuduk yang masih melekat, kau benar patut rasa betapa kerdil diri kau yang sebenarnya. tapi ada saja yang melayan dengkur hingga ke matahari tegak terpancar. ingin aku nyatakan di sini aku juga tidak terkecuali terkadangnya terlanjur. maaf.
hari ini aku buat keputusan. aku tak mahu terlalu bergantung sangat kepada sesiapa lagi. tapi, bukan jauh di sudut paksi hati aku lah. dekat saja aku rasa aku sangat perlu untuk mengharap kepada manusia sekeliling lagi. dan lagi. dan lagi. walau pengharapan itu tidak pernah pasti. kau dan aku sama-sama selalu saja berharap itu dan ini.
kadang-kadang kita berasa takut untuk hanya berdiam diri. takut untuk lari dari kenyataan. walau kenyataan realiti itu benar parah dan menyakitkan lubuk jiwa raga. apa yang pasti, kau masih perlu meraba-raba untuk memegang kepastian untuk diri kau dan juga orang lain.
sunyi. sepi. siapa suka untuk terus bergelap dalam dunia rekaan sendiri walau pada paparan umum kau punya hilai tawa mengalahkan jin-jin yang ada di sekitar yang mungkin turut rasa terkagum dengan kebolehan kau berdekah tanpa henti.
untuk tidak lagi berpatah ke belakang. untuk hanya hanya berhenti seketika dalam beberapa detik hidup aku dan kendian mampu untuk tersenyum puas kembali merangkak bertatih berjalan berlari melompat ke sana sini. aku selalu fikir apa lagi yang aku perlu? sungguh manusia susah untuk bersyukur apa ada.
dua hari lalu aku ada satu mimpi yang terkesan. hangat tangan itu menggenggam tangan aku buat aku rasa semacam. detak hati aku waktu itu tak usah nak cerita lah dia punya mari memang semacam yang amat. bangun2 dari lena aku pandang dan belek2 tangan aku nak cari apa2 kesan bukti yang itu bukan mimpi semata. mainan. belum jodoh rasanya.
Tuhan.
boleh aku mimpi digenggam erat seperti itu lagi?
ah.
benar aku suka beromong saja belakangan ini.
tapi.
ah, haba tangan itu masih terasa lah. bikin aku mahu terus saja tidur mencari mimpi itu hari.
kaki sejuk menendang keyboard dell si hajarey: aku sedang berevolusi lagi. cepat benar kematangan aku bertambah di kesekian hari akhir2 ini.
24 comments:
ni mangsa ke-2!!
ak 1st!!
gagaga..
ak tgk,pas ko bc buku fynn jamal ni..
sastera ko makin menjd² lak..
hehe..
buku nota:
jgn takot menerima kenyataan kerana di situ bermulanye titik tolak suatu perubahan..
sape weh genggam tgn ko??smcm je minpi..huuu
aku ari2 bgon pagi tapi tade matahari..sedeyh2..
mati tu pasti.
baguslah ingat mati. org bijak mmg ingat mati.
kalau kita sentiasa ingat mati
umur kita semakin pnjang
takut pulak aku bile baca part mati tu.huhu.
percaya akan diri sendiri itu pasti terbukit biar kita akan kerap tersungkur namun itu satu pengalaman dan pengajaran untuk kita terus berlari
u amek lektrik ker???gud luck untuk final..
adakah itu mimpi jodoh? jeng jeng jeng
to beskot.
suka je kau.
huh!
to beskot.
haha.
aku baru belek beberapa helai lembaran indah fynn itu lah!
pandai2 je ko puji lebih2.haha.
menerima perubahan
heh.
cam terkesan gak ayat ni.
entah.
sometimes changes change u without u knowing it.
=)
to nia.
aku pun tak tahu siapa genggam tangan aku tu kemas2.
haha.
kau pulak yang semacam.aku yang merasa ni lagi la semacam.kah3
meh la balek.
asek duk gemen je.
huh!
balek cepat.
aku nak cokelat sedap2 dr sana.
to oranglidi.
alhamdulillah.
gua bijak rupanya.
huhu.
tapi jadi bodoh tu cool gak.
=)
to cik bulan.
trimas untuk doa itu.
hehe.
alangkah indah umur panjang.
tapi bimbang dosa pula berjela panjang bersama.
huhu.
ah.
moga apa2 yang terbaik menyusul.
amin.
to arque.
aha.
memang patut takut.
tu niat aku taip suruh orang takut.
jangan takut hantu saja.
=)
to cik saloma.
aha.
enggak buk.
saya ambil itu jurus bunga silat.
haha.
mekatronik.
=)
trimas!
to mamai.
so true.
n it depends gak sebenarnya.
thanks
=)
to encik fatt
haha.
banyak la jodoh2.
kih3
hehe. wa bodoh kot.
seriously said, kalau boleh biar lah i yg pergi dulu dri my parent. sbb bila lihat yang pergi itu org yg kita syg. sakitnya lagi dalam.
to oranglidi.
cool kan ^^
to dianna.
menonton atau merasa dengan realiti sendiri pemergian orang tersayang itu sakit parah dan menggelapkan.melainkan kamu menemui terang jalan yang cerah bersuluh itu dengan baik.
janganlah didoa sebegitu juga.
kerna ibubapamu mungkin lebih parah untuk menerima kehilangan seorang kamu?
=)
dh dgr lagu tuh???
to cik saloma.
dah2!
haha.
lupa.
maaf.
huhu.
tenkiu yang amat!
Post a Comment