setelah bertungkus lumus memerah otak yang memang langsung tak dapat digoncang ni, aku telah menyediakan plan. bukan plan rumah idaman korang. tolong sikit yer. plan cuti @ holiday aku di negeri yang hujan hari2 sejak aku balik ni. antara aktiviti yang aku sudah plan kemas2 dalam otak bukan atas kertas ialah:
1. drive hari2. 5minit pusing taman pun tak apa. jangan berkarat ilmu.
2. kurangkan makan nasi. tapi macam susah nak utamakan yang ni sebab hari2 aku jumpa budu yang ada ikan rebus, mempelam, cili.
3. main air hujan tanpa demam. dah hari2 hujan. kena aa test sekali kan.
4. usha2 laptop di kedai. ni pinjam laptop umi. apa kelas internet laju tak ada laptop? langsung tak boleh cakap 'ada kelas gitu!'.
5. habiskan pembacaan buku2 christopher pike yang bertambun aku borong kat kedai secondhand itu hari. thriller lama pun lama lah. janji baca kaw2.
6. main banjir dengan harapan tak kena pacat, lintah, lipan dan segala perkara yang boleh 'membunuh' aku.
7. menahan diri dari membeli dan membelah sebab duit sangat 'bulimia' tahun ni. perut comel pula.
8. sibukkan diri dengan aktiviti menjahit, menggunting, memproses dan sebagainya raw materials yang ada dengan penuh kreatif.
9. jadi anak yang baik hari2 sepanjang masa. contoh; makan nasi banyak dan teman ayah tengok action movies, layan movie disney sama2.
10. 24/7 berfikir cara2 nak kaya dengan cepat seperti kahwin dengan duit hensem.
11. tingkatkan motivasi untuk belajar basic slr dengan baik. bukan tahu snap asal nampak cantik syok sendiri saja. baru faham iso satu.
12. tidur. dah lama tak tidur bergumpal sejuk2 hujan2 begini. bila lagi.
13. unpack barang2 dalam beg beg beg beg yang ada. banyak betul beg. sort out and sort in.
14. rajin2 menyapu dan kemas2 rumah. buat macam rumah sendiri.
15. khatam Quran.balik hari tu tinggal 3juz. 3kali baca habis 1juz. dan malam semalam bajet power sekali baca half juz. so, 3-1-0.5=1.5juz lagi.
syazana, semangat!