-- selaku manusia yang masih cuba menyambung nyawa yang diberi dengan sebaik mungkin, akan terus beginilah. setiap harinya cuba menanam pucuk2 harapan demi jiwa yang mahukan sepasang sayap untuk terbang bebas hingga petala ke-tujuh itu. ataupun dengan sedikit tenang berangan dengan hanya memanggil goku untuk meminjam awan guling beliau bagi urusan ke sana ke mari. percubaan tak bermaksud suatu kejayaan; atau gagalnya sesuatu tidak boleh terus dihakimi sewenangnya. pilihan2 yang ada bukan terbentang bagaikan mangsa menanti pemangsa yang azalinya tertetap caranya sebegitu. nafsu dan akal tersedia bukan boleh digunapakai sesuka hati. emosi yang terbit dari sekeliling selalunya dibukukan bukan hanya dengan cara mengepal tangan atau aktiviti menarik rambut sampai tercabut akar umbinya-
tidak, aku tak mahu botak.
aku fikir berambut seperti naruto mungkin boleh menghilangkan tekanan2 yang ujud.
26apr, 27apr, 28apr, 30apr, 7mei, 8mei
6 final paper untuk semester kali ini. dah sem 4 dah pun aku. heh.
habis ni dah jadi 3rd year beb.
peh- macam dapat pekena nasi kukus haiqal cabang 3 pengkalan chepa
(sebab homesick, jadi sebut yang paling dekat dengan rumah. atau kena sebut pekena gulai itik serati depan pagar lapangan terbang sultan ismail petra)
gila. lagi dua tahun kena kahwin ke?
gatai (baca dengan dialek kedahan). calon belum ada-
4 comments:
betul ke takda calon?
abang macho dok sebelah hang tu sapa?
hahahah
goku bukan ke awan terbang?
pisey,
wish you very good luck!
do do do the very best.
believe in yourself.
i honestly love you, mate! hahahaha.
*hugs*
pisey, why tulisan berat2 je lately?
siv
awak ngade kan.mentang2 i tanak bagi numbe dia.haha.
yanasayam
sory again for not being a good tuanrumah to u.haha.cuti keyh kita ronggeng2!
hann
haha.sebab tak cukup masa sangat nak melepak bersenda mungkin.jadinya aku sedikit lelah.terlalu banyak kepikiran berat yang aku tak berpeluang kongsi dengan sekeliling,harus dibuang di sini.
thanks for jotting those.baru sedar.mungkin aku sudah berkedut dengan kerutan penuh di dahi.
mungkin harus longgarkan responsibilities yang ada.on which i am trying to do so-
Post a Comment