Bukan kaku

Cuma gusar untuk mempamerkan perasaan sebenar. Khuatir jika-jika bila dikumpul semuanya, akan dijadikan pameran gelak-tawa bagi mereka-mereka yang tidak pernah cuba untuk mengerti hidup.

Hidup ini terlalu luas konteksnya. Dan selaku hanya secebis dari koyak-koyak dunia yang tinggal, aku hanyalah objek picis untuk ditonton belek sebagai sebuah contoh, ditayang selaku teladan dan sebagainya.

Bukan aku tidak bisa bernafas lagi. Cuma lelah semalam tidak lagi hanya semalam. Ia berterusan mengekori bak bayang-bayang yang mengejar tuannya.

Aku sesak dalam debu-debu tinggalan. Yang tinggal hanya buruk-buruk saja. Semakin ditepis semakin menyesak, menusuk terus melumatkan jiwa yang meluluh.

Hampir mati.

3 comments:

ape2 jer said...

phewww letih kan

Pisey said...

miss
hampir mati maa.bukan setakat letih ni!!

;)

Hann Haidar said...

hey pise.

DSLR nikon d5000 to let go. check it out.

http://hannhaidar.blogspot.com/2010/06/one-set-to-let-go.html