Writing the randoms

Menulis bagaikan satu terapi untuk hidup.

Seperti tidak cukup gula untuk mengepam sel-sel darah merah jika dakwat dibiarkan kering tanpa makna. Hidupnya bukan macam baca skrip drama. Ia lebih kepada pementasan teater. Rancang dan lakukan. Atau spontankan saja efek yang wujud. Sudah tak boleh diundur macam perahu. Dia hanya boleh berdalih pada ketika yang memerlukan. Dibenarkan bertopeng hipokrasi bila mahu; terutamanya bila sudah tak mampu menghadap realiti sebetulnya.

Dan yang ini tak punya alat kawalan jauh untuk diberhentikan ataupun untuk putarkan semula babak-babak filem yang mahu diulang-tayang/ubah-betulkan.

A past is a past. Jadi sebolehnya setiap momen yang berlalu, dia catatkan dalam helaian yang ada supaya nanti satu masa itu tiba, dapat dibelek rujuk untuk tips-tips baik-pulih; bila hati merusuh di luar kawalan/tak tentu hala.

Juga selaku bukti kewujudan yang dia pernah hidup--di situ.

3 comments:

Nurul Binti Ibunya said...

benar belaka

hans said...

yups
sama macam den juga
mencoret pengalaman sehari2 di blog tercinta


P/S : Itulah Bro! Kalau Nak Drift Tu Tutuplah Cermin Tingkap Kereta Tu Dulu! Kan Ker Ekau Dah Malu! Kahkahkahkahkah!

lumut said...

manulis macam nadi fikiran dan suara hati..menulis kadang2 bukan untuk menyuarakan pon..tapi sekadar satu kepuasan....

pise.take care.salam ramadhan.