Aku sendiri tak tahu apa sebenarnya yang aku mahu.
Yang nyata hati masih lagi waras dalam mendambakan bisik-bisik syurga untuk kehidupan yang eternal. Cumanya perilaku serta adab santun belum lagi seratus peratus menuju kumpulan cahaya di langit yang tergantung tinggi.
Pedih.
Aku dalam beberapa menjak ini telah membataskan diri dalam beberapa perkara. Aku juga telah dengan penuh hati-hati membuka ruang baru dalam beberapa perkara. Ada pintu yang ditutup, ada pintu yang dibuka.
Adil. Pada diri pun kena adil kalau tak nanti jadi gila.
Cukup-cukuplah dengan kegilaan-kegilaan yang ada.
4 comments:
fitrah hati manusia mahukan kebaikan. kan?
Jangan risau, kita semua menuju ke situ :)
miya
Depending on the individual I guess. Maybe. Haha. Ada ke orang nak buat jahat je 24jam? Mungkin ada gak. Keh keh keh
si fakap
Kan? (; Ruang dan masa penentu.
(;
Post a Comment