Bekmen

Hari ini seorang teman rapat anjurkan rumah terbuka di rumah keluarganya nun di Ulu Yam. Perjalanan pergi aku minta teman serumah memandu kerana perut aku sedikit tak tenteram. Layan jem 2jam. Perjalanan pulang aku pandu sendiri kerana aku tahu semua penat. Lagi-lagi si pemandu awal tadi. Brek kereta aku ada masalah. Sepatutnya makan kenyang macam makan nasi. Tapi dalam keadaan bersesak banyak kereta yang mampu tekan minyak seciput begitu, brek macam makan semut.

Selaku pemandu yang bertanggungjawab, aku perlu prioritikan nyawa penumpang-penumpang dan badan kenderaan aku sendiri. Jadi walaupun makan masa 2jam setengah dari Batu Cave ke Bandar Baru Bangi tadi kerana begitu ramai manusia lain turut menganjurkan rumah terbuka sempena raya yang masih berlangsung ini, aku lebih banyak mendiamkan diri dan fokus daripada mencarut yang bukan-bukan pada pemandu-pemandu kenderaan lain yang pesen IQ bawah sepuluh.

Lenguh. Penat fikir duit yang bakal melayang bila bekmen nak masuk bengkel juga. Ya, aku panggil kereta aku bekmen.

2 comments:

sharamli said...

Bekmen awak mesti mach0!

Pisey said...

sharamli
Of course lah! (; Hehehe. Dah setel dah kes brek tu. Bengkel yang baiki sebelum Ramadhan itu hari rupanya yang tak pam angin dalam sistem minyak brek habis-habis.

*mencarut sikit*