Aku selalu cakap, duit tak patut menjadi penghalang daripada kau berbuat sesuatu yang kau suka. Dan kebarangkalian untuk pernyataan itu menjadi sesuatu yang salah agak tinggi pada kebelakangan waktu yang sesak sekarang ini. Hal ini boleh menghukumjatuhkan aku sebagai seorang penipu. Ukuran sebuah kegembiraan bergantung pada taraf/paras gelihati kamu.
Ye, "Money shouldn't be a problem no matter what." Boleh jadi perkara paling bullshit juga sebenarnya. Gulp! Baru kehabisan berpuluh-puluh keping not 50rm untuk bayaran tukarganti bahagian dalam badan bekmen. Ini belum masuk cerita duit yang perlu dibelanjakan sendiri untuk finalyearproject lagi.
Ye, "Money shouldn't be a problem no matter what." Boleh jadi perkara paling bullshit juga sebenarnya. Gulp! Baru kehabisan berpuluh-puluh keping not 50rm untuk bayaran tukarganti bahagian dalam badan bekmen. Ini belum masuk cerita duit yang perlu dibelanjakan sendiri untuk finalyearproject lagi.
Tentang hidup, mulai tahun depan kitaran dalam kitaran yang sama akan sedikit berubah. Ada prioriti-prioriti lain yang akan dibawa masuk bersama. Ada perkara lapuk yang akan disorok buang. Mungkin juga akan dibawa masuk senyap-senyap di kemudian hari, tapi itu bukan dalam perancangan aku. Perkara-perkara yang masih segar mungkin akan diajak main pusing-pusing lagi. Sampai time-out.
Oh, kakak aku akan bertunang dan kahwin awal tahun depan. Moga dipermudahkan jalan rezekinya dengan bakal suami.
Aku rasa, cita-cita masa kecil untuk menjadi seorang doktor mengawal beberapa habit aku yang suka bermalasan bila bertopikkan kesihatan. Kawalan makan dan tidur yang tak tentu hala dalam kesibukan mengejar fahaman masyarakat yang beralaskan pelbagai agenda begini tak mampu melawan kesungguhan aku dalam memastikan dos air putih yang cukup setiap hari.
Untuk keluarga, bear with me. I'm gonna be fine. We are all gonna be just fine.
5 comments:
insyaallah semuanya 0k! (:
be strong! nnt akak pulak kawen. hihi~!
jage diri :D
hope semua berjalan dengan lancar dan kehidupan akan jadi semakin baik lagi.."D
aku benci utk mengaku yang duit boleh buat aku happy sebenarnya sampai saat aku xada duit utk beli buku2 yang boleh buat hilang sepi aku,baru aku sedar,
ya duit buat aku happy.Ciss! hahah
sharamli
Oke oke oke! Yuhuu.
miya
Hahahah. Fyp yang membiulkan. Lain-lain alhamdulillah. And a subject I hate from the bottom of my heart.
Thank u sayang (;
shahdiana
Terima kasih (; InsyaAllah.
alif O
Sebab to enjoy many things around sekarang ni, kena bayar. Kena ada duit. And that sucks, a lot. Haha.
Post a Comment