Tapi itu kisah bulan lepas. Aku mulakan minggu ini dengan lebih berdiam walau dalam hiruk-pikuk manusia. Ketawa saja. Ya, aku mengilai memang pada desibel yang tinggi.
Aku rindu dengan masa yang aku luangkan melakukan perkara-perkara yang aku suka. Asyik buat perkara-perkara yang aku tak suka, boleh memutarbalikkan banyak perkara, tahu?
Belakangan ini kalau ada peluang untuk tidak ke mana-mana dan berdiam di rumah seorang diri, aku pilih untuk tidak tidur dan melaksanakan beberapa aktiviti kegemaran aku. Keadaan sunyi seperti itu sebenarnya ubatkan rindu aku pada rumah, sedikit.
Ada baik dan buruk yang terselindung di sebalik setiap perkara yang menimpa dan kejadian yang berlaku. Tapi untuk korek cari dan ketemu itu bukan perkara mudah macam makan nasi.
Kemungkinan paling besar, tahun depan aku akan betul-betul bergelar seorang peniaga. Kebarangkalian paling tinggi, jualan secara online. Kalaupun aku buka gerai pisang goreng depan rumah, tak logik tak laku. Mesti sedap punya.
No comments:
Post a Comment