Aku ditanggung Majlis Amanah Rakyat dari bayi lagi. Sebolehnya memang cari klinik panel bila sakit demam demi penjimatan dan menggunakan rezeki yang disediakan peruntukan setiap tahun.
Majikan arwah mak dan umi adalah sama. Dan tanggungan itu akan tamat tak lama lagi kerana umi nak pencen dah pun awal April nanti.
Sebenarnya, Khamis ni hari terakhir officially dia jadi cikgu di sekolah tersebut.
Umi ambil tindakan untuk pencen pada umur 51tahun untuk lebih menikmati masa yang ada tanpa tekanan berlebih dalam hidup. Haha, bunyi macam tertekan benar dia menjadi guru. Tak, she enjoys herself very well menjadi seorang tenaga pengajar untuk murid-murid. I can see it in her eyes.
Beliau merancang untuk mengajar tuisyen sepenuh masa untuk masa hadapan. Macam apa yang dia selama ni duk buat untuk those parents yang rajin menghantar anak-anak mereka ke rumah bila musim cuti atau hari minggu. Which aku mamai-mamai bangun jam 9pagi++ akan dengar beliau duk speaking mengajar di meja luar.
As for now, I can see how excited she is preparing her students well before leaving. You know how sometimes orang kata kalau murid tu bagus, maka baguslah dia. Betul. But kalau dapat guru yang superbagus, murid tu lebih bersemangat bukan walaupun kadangnya dalam terpaksa cuma.
SPM itu hari budak yang dia mengajar 41/45 dapat A, lain-lain dapat B. Kalau tak silap rekod dalam data yang diambil dari pendengaran aku lah. It is additional mathematics, on which I got B4 kerana taktahu apa malas belajar buat latihan jadi padan muka saya.
Subjek sains lain pun sama saja result aku. Bukan salah aku, salahkan keadaan waktu itu. Truth said, aku tak tahu apa aku buat zaman menengah tinggi. Kah kah. Oke tolak ke tepi hal bangang yang ini. B to the g yang amat.
Kalau umi bertahan sampai bulan Juli, beliau mampu mendapat pencen penuh sebenarnya. Tapi walaupun dipujuk, dirayu, disebut selalu dia tetap dengan keputusan sama nak berhenti juga April ni. Khamis kerana harijadi beliau tahun ini jatuh 2hari selepas itu.
Kadang-kadang dalam hidup kita sibuk mengejar kejayaan yang dijulang pada kaca, mata dan kacamata masyarakat. Jadi kegembiraan dan kepuasan diri kita tolak buang ke tepi. Which might be very the tahilembu to some/many of us. Pendapat percuma masing-masing, no offense.
Duit bukan segalanya pun. Moga umi dapat what you deserve. Amin.
Agak bimbang bila umi cakap nanti tanak dah makan beli kedai luar. She is gonna cook at all time. Aaa, cukup-cukup lah nafsu makan yang ada ni pliss. Terus rasa nak pergi jogging 2-5km sehari nak tampung penambahan lemak later on.
Dan teman baik aku, a girl yang semakin menjadi a better person turning to a graceful woman like me, ehem- dalam dilema nak berhenti kerja terus atau berhenti bila tawaran lebih menarik tiba. Payah bukan bila diberi beban untuk memutuskan keputusan yang besar dalam hidup?
Paling klimaks permasalahan budak comel ni (up-kan saham budak single), yang gajinya I must say untuk yang masih jagung bekerja dahpun tinggi kenyang makan tapi dia tak rasa gumbira manapun kerana telan masa kehidupan dia sehari-harian dengan begitu dasyat, lepas dia balik dari melawat tanah suci awal Mac itu hari.
I hope you do the right decision, girl. Love you. May things go well. Amin.
As for me, I am in need of doing the major part of deciding what to do with my life as well. Aku pun nak pencen dah sebelum tamat April untuk sesi praktikal ni.
Gaaaah.
Untuk adik-adik yang dahpun bernafas manja tapi lelah isi borang nak masuk ke pusat pengajian tinggi, moga selamat sukses! Ketahuilah yang kehidupan anda untuk menimbang tara segala amal kebajikan, pengiraan kewangan, pemahaman hatibudi rakan sekeliling, bagaimana untuk survive menjadi manusia baru saja bermula. Bersedialah. Sesungguhnya cuma mati saja yang pasti. Lain-lain boleh jadi lurus, bengkok, pengkang, berombak, tunggang-langgang, bolak-balik, beralun dan sebagainya.
Sekian.
Oh tua sungguh aku.
No comments:
Post a Comment