Pejabat satu

Di pejabat tempat aku praktikal ni, cuma ada aku saja anak dara sunti. Tak, bukan promot ni. Ada dua-tiga jejaka bujang. Lain-lain ialah golongan pakcik dan makcik. Golongan makcik bekerja di pejabat. Golongan pakcik bekerja di pejabat dan di site. Tapi selaku satunya anak dara sunti, jejaka bujang dan pakcik cuma akan bawa aku ke site jarang-jarang saja, dek kejauhan perjalanan dan sebagainya.

Akhirnya, 50% goyang kaki dan online seperti ini bila ada kabel capaian internet yang penghuninya tiada aku boleh cucuk ke komputer riba, 35% susun fail dan dokumen dan 15% ke site dalam cuaca yang teramat panas. Selitkan aktiviti makan di setiap peratusan aktiviti. Makan banyak sungguh.

Banyak sungguh aku makan. Tahun lepas, setelah dua tahun pengawalan makanan supaya sihat tubuh badan, berat susut total sebanyak 7kilogram dengan baik.

Tahun ini, pemakanan berleluasa dua bulan aku dapat balik 5kilogram. Kah kah kah.

Aku nak cerita pasal lain sebenarnya, tapi terkeluar topik makan. Nantilah aku cerita balik. Taa!

Psst: Aku gugel 'anak dara sunti' sebab nak tahu maksud perkataan penambahan 'sunti' selepas 'anak dara' tu. Banyak pula carian pelik-pelik yang keluar.

2 comments:

Hann Haidar said...

nak tips kurus!

Pisey said...

Takde lah! Cis.