Daya

Ia bukan tentang masa yang sudahpun pergi melintasi mata yang merabun saban hari. Pejam celik pejam celik, aku tetap di sini keseorangan meraba tenang mencari alasan untuk senantiasa berkeadaan begini. Tiada bebanan berat untuk ditanggung, tiada komitmen teguh untuk dihulur beri, tidak perlu menonjolkan kesempurnaan yang melebih pada manusia-manusia di sebelah, cuma begini-begini saja.

Dari masa ke semasa ada khuatir yang cuba memperjelaskan diri menimbulkan runsing tanpa kawal. Minda bukanlah sesuatu yang mampu aku kawal sepenuhnya. Berfikir sentiasa menjadi agenda utama yang menggembar-gemburkan segala hal, juga yang memegang alat kawalan tubuh tanpa sedar.

Syukurnya, tubuh badan tidak mendapat mahupun membuat cubaan untuk menangkap sebarang mudarat sepanjang bulan ini dan bulan sebelumnya. Belakangan ini, aspek kesihatan baik-baik saja alhamdulillah. Walaupun ya secara rasminya memang selama ini yang aku duk berasa sakit-sakit berdenyut sebelah itu diberi nama migrain, rupa-rupanya.

Macam mula-mula tahu penyakit nama gastrik dulu-dulu. Aku ingatkan kembung angin biasa je selama 3 tahun.

Oke, mari teruskan hidup. Banyak perancangan dengan kawan-kawan rapat yang aku suka nak kena lancarkan ni!

Life should be good, it should be good.

2 comments:

Black Jeepsu said...

syukur! badan tidak dapat menangkat mudarat. bermakna badan masih sihat sejahtera lagi lar tuh.. hehehe :)

Pisey said...

(;