Tak. Bukan nak cerita pasal seorang yang bernama Weng pun.
Aku sebenarnya sangatlah mahu menulis/menaip. Ada orang panggilnya sebagai sindrom blok penulis (read: writer's block). Aku tak tahu nak terjemah apa maksudnya dalam bahasa Melayu. Sebut seperti itu, bajet penulis hebat pula konon cair saja lenggok dan genggam bahasanya. Oh, kau tahu bahasa Melayu? Sekarang ni bahasa Malaysia. Belajar bahasa Malaysia bukannya dapat ilmu bahasa Cina, India, Kadazan, Bidayuh sekali pun. Kenapa atas bumi (read: why on earth) dipanggil bahasa Malaysia lepas dah diberi label bahasa Melayu, aku tak tahu.
Sungguh tahilembu (read: bullshit). Padahal malas cakap jela. Saya betul dalam paras bawah kawal sekarang ini kerana jam sudahpun menunjukkan 4:36AM.
Heh. Macam mana nak bangun pagi balik ke Bandar Baru Bangi pula ni? Jumaat ni tarikh akhir untuk kemukakan buku log dan draf laporan pada jawatankuasa latihan industri bakal bekas universitas saya. Dan ya saya belum siap isikan untuk bulan April dalam buku log dan sesungguhnya laporan itu belum disentuh sejak menyiapkan pengenalan dan kesimpulan Februari lalu. Isi tengahnya tentang syarikat dan kerja yang dilaksanakan sepanjang latihan belum ditulis apa-apa.
Selamat berjaya memutarbelitkan ayat untuk saya berjaya Jumaat ini.
No comments:
Post a Comment