Entri perkauman negeri

Selasa lepas tamat sudah kontrak aku selaku bibik angah di Denai Alam. Bila di kampung halaman begini, masyuk sungguh feel Ramadhan ni. Lagi la sebab cuaca yang sungguh amat gila panas. Kalah melodi punya cerita panas.

Abang aku cakap normal orang Kelantan di perantauan akan balik sekali untuk berpuasa di kampung halaman, sekali lagi untuk beraya di kampung halaman. Kalau tak, hidup kami rasa tak lengkap. Ewah!

Aku percaya mereka (termasuk aku) merasa begitu kerana makanan di perantauan sungguh tidak sedap. Boleh merana dan boleh mati kami-kami yang sudah terbiasa dengan masakan sedap negeri kami ini. Melainkan ada makcik, pakcik, kakak, abang atau adik manis yang berniaga di bazar Ramadhan di sana itu orang jati Kelantan yang memasak super handalan.

Mari ucapkan terima kasih kepada mereka.

Bayangkanlah melihat label makanan 'ayam percik'. Ayam percik Kelantan rasa dia aku tak boleh nak cerita sedapnya, dengan teksturnya, dengan warnanya. Apa pasal kat KL sana taruk sos lah, kuah kacang lah dan sebagainya? Lepastu label 'AYAM PERCIK SEDAP'.

Hancur selera. Menyirap darah muda.

Aku malas nak ulas tentang kuih. Nanti bergaduh.

Tapi normal-lah. Kalau negeri lain, suka masakan negeri dia. Macam kita suka masakan ibu masing-masing. Dah jadi darah daging.

Padan muka kakak aku sorang tu tak merasa puasa kat rumah tahun ni. Raya keempat baru dia jejak kaki. Yang angah aku pula esok lusa sampai la tu. Surprise untuk ayah dia balik sempat puasa beberapa hari kat sini. Sebab dia raya Kedah.

Aku sebenarnya dah masuk cerita lain ni. Oke, bobok dulu.

2 comments:

Unknown said...

Weh. Sejak bila kau di Denai Alam? Aku duduk Bukit Subang je weh. Sebelah je weh.

Pisey said...

Benci aku blogger. Kemain aku taip panjang tadi reply komen kau. Ni aku taip lagi sekali.

Juno nama sebenar ko apa?

Denai tu rumah angah aku. Haritu temankan dia jaga baby. Dari Jun jugaklah aku menetap situ haha.

Bukit subang aku tahu area tapak pasar malam tu je. Ada kedai runcit, kedai makan, 7e, gerai nasi kerabu, van nasi lemak dan blabla.