Pilihan

Aku sebenarnya masih dalam ragu dan buntu untuk memilih antara dua pilihan. Hal ini berat pada aku kerana ini tentang masa depan yang entah apa akan berlaku; rentetan dari keputusan yang aku terpaksa/harus buat sekarang ini.

Dari kecil aku memang susah membuat keputusan. Terlalu menambah imbang faktor sekeliling. Walhal dalam proses menyusun nasi dan lauk dalam pinggan sekalipun, aku ambil masa untuk berlaku adil.

Dari perkara kerisauan satu, datang pula kerisauan dua bila berada dalam kelompok rakan yang mula membincangkan topik-topik semasa, untuk umur sekarang ini. Topik normal untuk kaum perempuan. Ya, aku seorang perempuan.

Jadi, sebenarnya aku ada dua kebuntuan yang masing-masing umum-nya terbahagi kepada dua cabang. Dan aku akui aku kini dalam keadaan yang sangat susah.

Paling payah agaknya selama bernyawa.

Hidup ini sebenarnya tentang pilihan, atau harapan?