Bohhhhh, mmbbekkk

Hujung bulan lalu, aku membebel tentang duit. Rasa tak cukup. Rasa takut. Rasa gerun nak mula hidup bekerjaya. Rasa macam-macam. Aku rasa nak menangis. Tapi jiwa aku ke laut. Otak aku tak fokus. Hati tak tenang. Aku tahu aku agak terbawa-bawa belakangan ini. Entah apa-apa. Aku tak dapat pegang apa-apa dengan baik. Rakan serumah aku cakap jangan fikir sangat tentang kerja dan duit. Ada teman cakap jangan duk risau sangat. Semuanya akan baik-baik. Selesaikan apa yang aku rancangkan terlebih dahulu. Tapi bila jadi manusia, beginilah gayanya.

Kali ni, aku rancang untuk lebih menikmati. Kali ni aku mahu lebih merasai. Kali ni aku harap aku tak memberatkan otak sampai sarat dengan macam-macam. Kali ni aku cuma mahu tenggelam dalam realiti yang menyempit, tanpa rasa lemas kerana aku tahu aku mampu sangat berenang ke tepian. Mungkin kali ni aku juga mahu meraikan diri untuk berendam sedikit lama. Banyak perkara yang aku tak mampu olah dengan kata-kata. Tuhan tahu, Tuhan tahu. Aku cuma mahu puaskan diri, kerana aku tahu di beberapa sudut sana akan ada manusia-manusia yang takkan berasa puas dengan aku. Tuhan tahu, Tuhan tahu.

Seberapa banyak tenaga yang aku salurkan untuk membantu kawan-kawan pun, seberapa mampu aku dalam memegang energi untuk memulihkan sesuatu pun, seberapa boleh lagi untuk aku teruskan perjuangan yang ini pun, kalau kau atau aku cuma mahu bermalasan dan malas bergerak, maka begitulah. Kau, kau. Aku, aku. Sudah ter-tetap begitu. Kalau rasa nak jadi bodoh, maka bodoh-lah. Kalau rasa nak berusaha, maka berusaha-lah. Setiap satunya sudah ditetapkan Dia. Kau ada akal, kau carilah jalan pintar untuk hidup.

Tapi sekarang ni fokus aku cuma pada daging lembu. Ya, cuma padamu wahai lembu. Dan ya, daging kambing. Raya korban setahun sekali, apa salahnya berkorban ruang untuk lemak wahai perut? Walaupun senantiasa saja kamu berbuat baik memberi ruang kan perut? Trimas.

Selamat hari raya Aidiladha. Makan sampai kenyang ya!

2 comments:

Hann Haidar said...

makan kambing jgn sampai migraine, wohoo!

Pisey said...

dabelh
Nearly kena kot. Pengsan dekat 3jam tengah hari tadi kah kah. Tapi bangun makan lagi!