Ketenangan

Aku teringat zaman muda hingusan ke zaman remaja ke zaman dewasa. Terutamanya bila ada kuiz dan ujian kecil ataupun peperiksaan besar dalam dewan. Mungkin kerana aku tahu usaha aku nak hadap kertas-kertas atas meja tu tak sempurna. Biasanya ulangkaji memang dilaksanakan pada saat-saat akhir.

Jadi setiap kalinya doa yang aku mohon pada Dia cumalah untuk tenangkan aku, tenangkan aku, tenangkan aku. Jarang nak minta cakap moga aku boleh jawab betul semua. Biasanya cuma moga aku dapat jawab semuanya dengan tenang, tenang, tenang.

Ketenangan itu, kekuatan bukan?

Untuk kuat kali ini juga, aku perlu cari hati aku kembali. Hati yang tenang.

2 comments:

bukankosong said...

true!

ada juga cakap study last minute membantu, sbb ilmu yg lepas kdg byk tak henggat

byk mkn semut

Pisey said...

Haha. Makan semut memang tak boleh dengan sengaja. Bab buat jadi lupa nyanyuk tu aku tak pasti.

Tapi yes, Study last minute tu power.