Pancaroba (kah kah)

Kelmarin pergi temuduga kat Menara Takaful KL. Kemain beberapa hari sebelum tu aku menelaah macam-macam pasal kewangan, bank dan seumpama. Berlatih cakap sorang-sorang dalam kamar mandi, bilik tidur dan di dapur.

Nampak tak? Aktiviti harian aku makan, mandi dan tidur.

Jadi aku nak bagitahu ni, tak ada sesi bertemuduga pun. Cuma kena jawab soalan-soalan tatabahasa bahasa Inggeris. Lulus 33/40 ke atas bahagian satu, boleh jawab bahagian kedua pula lagi 20 soalan.

Aku lulus cemerlang. Ehem.

Aku bukan nak riak ke apa. Tapi aku penat lah bersedia kemain. Dia akan panggil entah bila pula untuk menulis esei bahasa Inggeris dan temuduga kalau ada pihak yang berkenan nak menaja.

Ikut hati sekarang ni juga aku nak balik Kelantan. Sebab umi dan ayah baru je balik umrah. Tak sempat nak menempel sementara diorang ada kelmarin sebab aku fokus nak bertemuduga.

"Cobaaaannn.."

Menganggur macam ni naya tahu nak ulang alik Kelantan-Selangor ni. Aku tanam anggur, bukan cop duit.

2 comments:

Unknown said...

Kau temudaga post apa kat takaful tu?

Pisey said...

Finance training.

Fstep.org.my program ni.