Kadang-kadang aku fikir macam satu kesalahan sebenarnya untuk berkenalan dengan orang baru. Sebabnya kalau kau toleh ke belakang, dah cukup dah apa yang kau perlu. Fokus, dan sama-sama saling ada saja.
Perasan tak kadang-kadang rasa macam rindu dekat kawan yang itu, kawan yang ini. Bila kau tengok dia, dia pun dah ada kawan baru yang lain. Kau pun dah ada kawan baru yang lain.
Kita semua sebenarnya melalui perubahan yang sangat banyak sedar tak sedar. Jadi kalau kita hilang kawan yang itu, kawan yang ini biasanya kita didatangkan dengan kawan yang lain pula. Mungkin pada tempoh tertentu kawan-kawan yang ini tadi tak ada kesan pun tapi kini kau rapat dan baik dengan mereka pula.
Biasanya kawan-kawan yang rasa terkilan sebab dah tak berapa rapat walaupun dalam hati kau diorang tetap sama ni kawan-kawan dari zaman persekolahan. Yang akan kekal bersama sekarang biasanya dari kalangan kenalan di universiti, institusi pengajian tinggi.
Bulan lepas aku cakap pada sorang kawan aku. These days in order to stay friends, sesuatu pihak perlu kuat dan tabah untuk sering bertanya khabar secara kasual manakala pihak lagi satu perlu melakukan perkara yang sama ataupun jika sudah cukup untuk pihak pertama tadi, sekurang-kurangnya perlu beri respon kepada pertanyaan tadi. Jika kamu cuma diam, jika kamu terlalu sibuk dan endah tak endah, shame on you.
Kadang-kadang ada gunanya untuk punya akaun jarian sosial seperti Instagram dan Twitter misalnya. Sekurang-kurangnya ada strangers with pretty hearts would spent some of their time asking about how you have been, how you have been doing, offering help and kind words, wishing you luck, wishing you good day and many more beautiful wishes.
When your used to be friends friend alienated you, ignore you, too busy for you and so on. It hurts you know. Or perhaps you no longer gives them the convenience you used to provide. Your fault lah kan. Heh.
Lebih sakit bila kau terlebih peduli akan hal-hal yang mungkin kini remeh untuk yang lain. Macam hal ini.
Tapi bukan semua yang pergi. Bukan semua yang endah tak endah. Bukan semua yang tidak sedar akan keberadaan kau yang memerlukan. Asal ada yang peduli je.
Untuk seorang dua, tiga atau empat yang wujud, terima kasih untuk ada.
6 comments:
Kannnn. Kadang rasa macam tu jugak.
Gaji 1st payung ah lepak mamak hahaha
kawan macam A B C D...Z... selalu berubah ikut tempat. Ada tempat selalu kawan dengan C, ada tempat selalu kawan dengan D. Bila dah pindah, kawan C dan D masih ada. Cuma jarang jarang disebut aja.
Khenn. Memang rasa macam tu. Mungkin kita rindu. Tapi semua pun memang dah tak sama.
Hahaha. InsyaAllah. Lepak lepas terawih la nanti :) haha. Half gaji untuk bulan pertama harapnya aku betul kerja la kah kah
Right:) kita pun berubah ikut kesesuaian masa dan keadaan. Kelompok kenalan turut beza.
Post a Comment