Tajuk tak berapa menarik sebab aku malas nak fikir.
Pengalaman pertama sebenarnya untuk aku buka booth sendiri untuk berniaga di Zebra Square KL tempoh hari. Meja pada awalnya agak kecil kerana aku cuma membayar untuk satu meja bersaiz 3x3 kaki sahaja. Malam sebelum mula berniaga, aku dengan bantuan dan pertolongan dua gadis cantik iaitu cik S dan cik Y nama sebenar telah ke tapak berniaga untuk melihat-lihat. I was worried. Barang kalau banyak tak apa. Tapi barang aku ni bukan kuantiti saja yang banyak, jenis juga banyak.
Aku ada buku-buku baru, buku-buku lama. Aku ada buku kanak-kanak. Aku ada kasut Doctor Martens tiga pasang. Aku ada kasut Clarks berpasang-pasang. Aku ada beg Cath Kidston. Aku ada handbag Fossil yang berlambak, baru dan lama. Aku ada tshirt warna-warni yang memang tak sempat nak pamer pun. Aku ada baju bajan yang nak sangkut bersama jaket-jaket. Aku ada seluar warna-warni dan jeans. Countless items.
Alhamdulillah bila Kak Wani Ardy kata ha meja sebelah tu awak punya juga. Saya bagi free! Rasa nak melompat kegembiraan. I did squeak a little sebenarnya hip hip hooray masa tu. Haha. Jadi proses buka kotak, beg dan sebagainya dilakukan secara berperingkat dengan cik Y. Kami cuma berdua sehingga ke jam 3pm sebelum dia beredar dengan cik S untuk memenuhi jemputan kenduri di Kuala Selangor. Cik S belikan aku lunch makanan pantas yang aku sorok dalam plastik sambil makan.
Terima kaseh kepada abang Farez KAUKAB yang berniaga di sebelah kerana tengok-tengokkan barang bila saya tinggalkan booth waktu Asar dan Maghrib sebelum encik N sampai membawa 6 keping Subway cookies. Kemudian cik S dan cik Y datang kembali dari tempat kenduri lebih kurang jam 9pm. Lepastu encik A pula datang setelah selesai memasang pelamin majlis kahwin. Boleh usha akaun Instagram mereka iaitu @airekamoment Dah berjaya masuk Wanita Hari Ini, majalah-majalah pengantin dan sebagainya. Sesiapa yang nak kahwin, quote my name Pisang to him. Haha. Manalah tahu dapat kawtim sikit-sikit.
Lepastu kami lepak lah. Apa lagi. Aku terbungkam tidur di sofa rumah cik S jam 2 pagi dan bangun tepat 6am sebelum kembali pejam hingga 7am.
Hari pertama seronok kerana aku dapat buat sales yang agak banyak. Hari kedua cuma kekalutan, kepenatan dengan kawan-kawan dan kekangan masa serta kemampuan diri. Mungkin kalau aku buka booth lagi, aku perlu pilih lokasi yang aku mampu bergerak sendiri. Tak ada lah menyusahkan kawan-kawan terutamanya cik Y dan cik S. Thanks so much girls.
Thanks juga untuk encik N dan encik A kerana datang menjengah. Terima kaseh untuk cik A kerana datang melepak lama hari kedua. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Ayat nak skema tapi ini semua dari hati saya.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment