Setiap kali sakit melanda, aku rasa seronok. Satu, dapat berehat. Dua, dapat berehat. Bukan nak cakap bila sihat ni tak cukup rehat, cuma kadang-kadang sakit yang Tuhan datangkan tu sesuai dan kena pada masa dan keadaan. Buat aku bersyukur lebih. Ruang untuk berfikir.
Ahad lepas makan bihun kari di Teh Tarik Place, Paradigm Mall. Sebelum tu aku makan lauk kenduri di Rooftop Garden Hotel, Bukit Jelutong. Aku tak rasa lauk kenduri yang sebabkan aku sakit perut. Sebab berpuluh-puluh kawan aku yang datang bersama makan hidangan semua sihat walafiat.
Berbalik kepada bihun kari tadi. Aku tak pernah makan bihun kari sebelum ni. Dan aku dalam keadaan tak berselera. Jadi bila suapan pertama aku rasa tak sedap, aku tak endahkan deria rasa aku. Aku makan lagi. Makan 3-4 suapan. Aku komen tak sedap. Tak sedap sampai tahap aku tak tahu macam mana nak betulkan masakan kari ni. Kawan-kawan lain semua hadap nasi lemak dan nasi kerabu masing-masing. Aku tak dapat habiskan bihun kari tersebut. Silapnya aku paksa makan sampai hampir separuh. Haha. Spesis dah bayar, ini rezeki, sila makan. Aku salahkan hormon wanita yang tidak stabil waktu tu. Period hari pertama. Mungkin sebab tu aku tak ada selera. Positif sangat.
Isnin, 450am bangun macam nak pergi lumba lari. Cuma aku berlari turun katil sorang-sorang tanpa peserta lain. Sejam bermastautin dalam bilik air. Sampai nak tertidur. Usai urusan tentulah aku tidur. Bangun balik dah jam 8am. Buka Whatsapp dan tinggalkan mesej cakap aku MC pada teman-teman sekerja dan bos-bos. Tidur balik lepas ke bilik air.
Pertama kali nak ke klinik pun sampai kena berhenti di Petronas untuk gunakan bilik air. Haha. Inilah sebab aku suka tidur sampai ke petang bila kena bab sakit perut ni. Dah habis rehat baru pergi klinik. Nasib kakak yang tolong bawa aku ke hulu hilir. Jadi tak mengapalah. Asal tak ada kesesakan lalu lintas. Sebab cuaca panas atau apa-apa yang boleh buat aku panik boleh beri kesan pada sakit perut yang dialami.
Doktor tanya dah makan apa pagi ni? Aku geleng senyum. Tengah hari dah makan? Aku jawab lepas ni. Dia pun tak tanya banyak. Haha. Nasib tak kena marah. Aku dahla ada gastrik. Tapi memang keracunan makanan macam ni potong selera. Aktiviti ke bilik air terakhir berlangsung lebih kurang jam 1130pm hari tersebut.
Aku cuma boleh cakap. Ubat tahan muntah yang kena telan sebelum makan ni memang mujarab. Kalau tak makan, memang aku rasa nak muntah balik lepas makan.
Sekian, laporan daripada saya, mangsa keracunan makanan.
No comments:
Post a Comment