Though I doubt my skill if I were to continue playing. Gulp.
Berbalik kepada ipad yang baru siap tukar skrin ni.
If you want to repair your gadgets please go to Terminal Tech, TTDI Jaya. Lokasi dia tingkat atas Mak Uda, TTDI Jaya. Both can be googled and you'll get the directions.
Harga tukar skrin ipad mini ni ialah RM350, took around 2 weeks untuk baiki dan buat testing etcetera. I asked around before dan ada kedai yang letak harga RM450 so dah tak fikir panjang terus ke sini. Kalau buat temujanji, ada percent discount :) anything just refer their FB.
Terminal Tech gave me 3 months warranty should my ipad screen didn't function as it supposed. Starts from today, 8th December 2015.
Now I cannot remember what I use my ipad for before other than play Clash of Clans. But I guess that's all I want to say. My longing towards Clash of Clans and the good service received from the gadget repair shop, Terminal Tech, TTDI Jaya.
My friends also went here; a friend changed his iphone 5s battery, another friend repaired her iphone 5 malfunction problem. Jadi kalau ada masalah, sila lah ke kedai ini. Level atas sekali ada gym untuk bakar kalori bina otot. Level bawah ada Restoran Mak Uda boleh lepak makan. Level yang sama ada surau yang sangat lapang untuk lelaki dan perempuan solat. Kemudahan bilik air juga ada di Mak Uda. Sebut pasal Mak Uda, makan pagi nasi dagang kat sini sangat puas hati. Kalau saya ulas lebih lagi, macam nak iklankan TTDI Jaya pula, hahaha. Psst, ada kedai nasi Kak Wok berdekatan.
Bukti ipad dah berfungsi ialah saya menaip entri ini dengan relaks. Haha. Saja nak merasa taip entri pakai ipad balik. Baru-lah santai menaip sambil baring. Santai tak santai dah panjang pula.
Thanks thanks!
6 comments:
Kalau MacBook Air dia boleh repair gak ke?
Baru ni hantar kat Apple Machine KLCC, harga dia kemain.
Boleh! Haha. Search FB dia terminaltech.my and mesej inbox dia dulu tanya details. Buat appointment dapat diskaun :)
power ke kak wok dia? ke kat bangi lagi power. kau jgn compare dgn kat kb pulak - Ami
Ami
Tak pernah makan yang dekat Bangi. Kalau tanya lokasi yang Bangi kat mana pun tak tahu hahaha. Sedap je nasi kak wok TTDI Jaya ni. Sebab memang family branch sama yang KB. Kat KB ada kakwuk, kakwook, ala kakwok dan sebagainya. Jangan tertipu - Ana
Ana sape doh? - Ami
Haha, Ana nama sebenar la Ami!
Post a Comment