roomate aku semua sambung tidur lepas mentenyeh dahi cukup2 subuh tadi. dah lama tak dapat situasi seperti tadi.
aku suka sunyi begini. aku yang ketiduran agak awal iaitu jam 2am mungkin sudah tiada hati nak sambung lena setelah usai membelek lembaran ayat suci dan terkumat kamit menghabiskan beberapa surah tadi tersentak lepas habis baca ar-rahman.
tiba2 rindu zaman itu. zaman bermaharajalela membawa watak seorang perempuan melayu sopan di situ bertahun2 lalu. watak aku sendiri yang aku rindu. watak yang aku rasa orang akan angkut buat bini terus.
aku kenyang dengan suapan segala bahasa pagi ini. terlalu banyak manusia yang hebat rupanya berblogging. heh. boleh gila aku nak buat entri 10.7km panjang untuk simpulkan segala perisa hidup, lohong jiwa, redup hati, mental obsesi dan berbagai lagi.
ada yang aku baca laju2. ada yang aku baca sekali tak faham jadi baca 5x simpan dalam2. ada yang aku baca sambil geleng2 comel dan angguk2 bersemangat. ada yang aku komen senyum2. ada yang aku komen otak aktif. ada yang aku komen sekadar nak say hi.
cik ipah (nama manja yang aku je panggil), terima kasih kerana masih tertidur berselimut di katilmu. ini laptop dan broadband saya conquer tak bagitahu tapi saya tahu awak tahu sebab tadi saya dah cuba terjah alam mimpi awak.
terlalu banyak yang aku nak catatkan. terlalu banyak yang aku nak ekspresikan di sini. tapi aku rasa tak mampu sebab terlalu banyak juga. dan bila tak menaip, jadi lelah semacam pula sebab dah addicted dengan mencoret bagai di sini.
minggu depan aku akan berpulang ke negeri tercinta. aku plan nak stay situ saja sepanjang cuti hampir 2bulan. tapi aktiviti cuaca tak menentu dan banjir mungkin akan membataskan aktiviti aku. tengoklah. mungkin akan berulang alik ke shah alam.
ah. ada orang nak belanja aku mesin jahit tak? boleh aku senyap2 dalam bilik je bila rumah tak ada orang dan hujan lebat begitu. boleh saja nak beli sendiri. tapi nanti ayah pelik lagi hairan pula fikir banyak ragam betul anak bongsu dia ni.
heh. hidup is a matter of choice.
20 comments:
best gile cuti 2 bln.aish.jeles
mesin jahit? nak wat menda?
demo ore qlate gak ko?
owh..anak bongsu penye..patutlah..haha
agak2, ko bace entry aku, ko pk ape ek???
klate ko kamu??hehe
blogwalking mmg best..
dapat jumpe pelbagai manusia yang dalam realiti kita sendiri kurang membuka mata..
selalu tgk samarinda dan carekarama.
buat ape?
kerana itu skrip sudah diaturkan..
blogging mengajar sesuatu..
kau rasa?
=)
take care.
kau nak mesin rumput tak he he
to orked.
ada satu paper lagi!
to oranglidi.
nak jahit jiwa aku yang rabak.tu kalau ayat bermadah ah.
haha.
nak menjahit la.
to penaberkala.
hom!
kelate neh.
bakpo?
nok belanjo kbmol?
kah3
to ain.
haha.
aku fikir cokelat dari german akan sampai ke tangan aku nanti.
ape macam?
=)
to lumut.
aha.
i wont be where i am if not from blogging yang mana mengajar aku menjadi manusia kot.ntah.
=)
u too dear.
to caluk.
kau nak bagi free aku terima je.leh aku mesin rumput rumah jiran sebelah.
oke?
baguslah awek ni
keke
ahaha..tu gak ko pk kan...bak ar alamat..aku siyes ne...n name ceklat tuh..aku cbe cr ah..
bg ko smgt sket stadi..haha
to fatt.
siapa bagus?
awek mana?
siapa mana, ah
boleh kenal ataupun tidak
duduk kat mana
bla3.
to ain.
hah!
kau nak pos ke?
ish.
berdebar ni.
ish.
ces pisey..
sonok je ak tgk ko mengarang..
jeles lak ati ni ha..
hakhaks..
da mcm cte labu labi la plak kn nk mesin jahit..
hoho..
tak le...aku nak cmpak je kat ko...haaa
pos le makcik..haha
to beskot.
haha.
jangan jeles lah.
tak baik!
to ain.
hah.
biar betul.
haha.
gila excited neh.
bak emel kau!
haha.
Post a Comment